Networking : Kemahiran Penting Dalam Bina Kekayaan

networking-coliving

Published: January 5, 2022

Tidak kira sama ada anda seorang pekerja biasa atau usahawan, tak dinafikan lagi bahawa mempunyai rangkaian (networking) yang luas sangat membantu dalam membina kerjaya dan juga kehidupan peribadi anda.

Dari sekecil-kecil cari kerja sehinggalah kembangkan perniagaan, segalanya memerlukan networking.

Jangan salah faham pula, kita bukan nak cerita yang jenis ada kabel tu. Walaupun itu boleh dikategorikan sebagai networking, tapi ‘guna kabel’ ni lebih mempunyai konotasi yang negatif.

Kita nak cerita pasal rangkaian yang jujur dan asli ya.

Luaskan pandangan

Bila anda kerja, hidup dan bersosial dalam kelompok yang sama, anda akan rasa semuanya biasa sahaja. Berada dalam zon selesa.

Cubalah interaksi dengan orang yang datang daripada industri, bangsa dan negara yang berbeza. Anda akan lihat hidup dan situasi semasa dari kaca mata yang berbeza. Secara automatik, tahap pemikiran kita pun akan menjadi lebih matang.

Kembangkan rangkaian kenalan

Orang yang ikhlas dalam berkenalan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran.

Tapi impaknya kita boleh rasa disaat kita perlukan pertolongan. Ketika itulah rangkaian kenalan mainkan peranan.

Bukan itu sahaja, bila kita jujur dalam berkenalan, kita lebih cenderung untuk memberi rujukan bukan sahaja dalam hal-hal bisnes, pasal kehidupan pun ada.

Jadi, ringan-ringankanlah mulut untuk bertegur sapa. Tak rugi pun.

Dedahkan kepada peluang keemasan

Mereka yang ada kemahiran buat rangkaian adalah lebih terdedah kepada peluang yang tak disangka-sangka.

Contohnya anda hendak kembangkan lagi kerjaya anda pada tahap seterusnya. Disamping anda hantar resume sana sini, cubalah join program-program percuma yang berkaitan bidang yang hendak anda ceburi.

Tak mustahil keajaiban boleh berlaku dimana kenalan kepada kenalan anda boleh jadi bakal majikan anda.

Siapa sangka kan?

Bina kemahiran rangkaian

Ya, networking adalah salah satu kemahiran yang mahal pada hari ini. Atau lebih dahsyat yang semakin tandus ditelan teknologi. Maklumlah semuanya nak berkomunikasi secara atas talian.

Walaupun begitu, anda tetap boleh bina rangkaian secara atas talian. Asasnya tetap sama iaitu jujur dalam berkenalan. Dari situlah terbinanya kepercayaan yang mana anda akan dapat hasilnya bila-bila masa sahaja.

Dah tahu manfaat bina rangkaian tapi tak tahu nak mula kat mana?

Join komuniti Wetopia boleh jadi salah satu cara juga. Di sini kami terdiri daripada pelbagai latar belakang tapi mempunyai satu pemikiran yang sama iaitu hendak hidup dalam komuniti.

Nak tahu apa itu komuniti coliving? Boleh baca artikel ni : 3 Soalan Pasal Coliving Yang Mesti Anda Nak Tahu .

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading