6 Beza Resume & CV Yang Wajib Anda Tahu Untuk Mohon Kerja

tip-resume-cv

Rupanya masih ramai yang tidak tahu beza resume dan cv. Akibat kekeliruan ni, mungkin boleh jadi faktor permohonan anda ditolak!

Baru-baru ni kami ada tawarkan kerja kosong, tapi agak mengecewakan kerana apa yang kami minta lain yang diberi. Ada sebab bila mana majikan minta resume atau CV atau kedua-duanya sekali.

Mungkin anda rasa benda ni sama je dan satu perkara yang remeh. Jangan begitu teman-teman, walaupun tujuannya sama iaitu untuk mohon kerja tetapi fungsinya berbeza.

Benda yang betul kalau dibawa pada tempat dan waktu yang salah, ia tetap jadi salah. Jadi nak tahu tak apa beza resume dan CV?

Boleh teruskan baca perkongsian kami dibawah ni. Mana tahu bila dipraktikkan tiba-tiba permohonan kerja senang je lulus.

#1 Maksud resume dan CV

Apakah itu resume?

Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. 

Sumber : UKM

CV pula?

Curriculum vitae (CV) bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. 

Sumber : UKM

Nampak macam sama je kan? Ok sekarang kita teliti lebih mendalam dari aspek teknikal pula.

#2 Format dan tujuan

Meskipun kedua-duanya digunakan untuk mohon kerja, tapi ada masa-masa tertentu untuk guna salah satu. Bergantung pada jenis kerja yang dimohon.

Resume :

Resume adalah dokumen biasa yang diperlukan kebanyakan majikan. Ini kerana majikan hanya nak tahu maklumat berkaitan kerja yang ditawarkan. Selain daripada itu majikan tak ada masa nak tahu.

Format yang paling sesuai untuk resume adalah dalam bentul kronologikal. Pemohon boleh terangkan secara ringkas mengenai perkembangan si pemohon (contoh : pendidikan, pencapaian dan lain-lain yang berkaitan sahaja).

Oleh itu, resume sesuai untuk pemohon yang sikit atau tiada pengalaman kerja (fresh grads / entry level). Juga untuk tunjukkan perkembangan kerjaya seseorang itu.

CV :

CV ni lebih bersifat professional dan functional; menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. Jadi memang dah ada format khusus untuk CV, sila ikut format yang ditetapkan. CV mestilah kemas, teratur dan mengikut susunan yang memudah majikan membacanya.

Bila masa nak guna CV?

Sesuai untuk orang teknikal atau banyak pengalaman kerja atau ahli akademik. Senang cerita CV untuk jawatan tinggi. Makin tinggi jawatan, makin tinggi gaji dan sebab itu anda perlu nyatakan tentang diri anda dengan lebih terperinci.

#3 Bilangan muka surat

Dari segi format dan tujuan, kita dah boleh anggarkan berapa muka surat yang diperlukan.

Sebaiknya resume ni 1 muka surat sahaja. Orang putih kata short & precise. Anda kena berfikir sebagai pihak majikan juga. Ada banyak permohonan, jadi anda perlu pitch tentang diri mengikut kreativiti anda dalam 1 muka surat tu.

Disebabkan 1 muka surat sahaja, anda perlu letakkan perkara berkaitan sahaja berkenaan jenis kerja yang dimohon. Walaupun ada perkara yang bagus tentang diri anda tapi tak ada kaitan, elakkan untuk letak dalam resume.

CV pula mestilah lebih banyak muka surat sebab nak terangkan lebih terperinci. Dalam 2-4 muka surat sudah memadai.

#4 Gambar

Biasanya orang tak letak gambar diri sendiri untuk CV. Kalau anda nak letak, sila pastikan format gambar perlulah professional. Ingat, CV ni kena lebih skema sikit, ada format yang perlu diikut.

Untuk resume pula sangat disarankan untuk letak gambar anda. Ini kerana resume kan satu dokumen yang ringkas, jadi gambar anda boleh jadi info untuk beritahu perwatakan anda.

#5 Objektif

Dalam CV anda tidak perlu nyatakan tujuan anda hantar CV tu. Ini kerana dalam CV anda sudah pun terdapat banyak maklumat mengenai diri anda. Tapi ada kaitan mengenai Cover Letter yang akan diterangkan dalam poin #6.

Bagi resume pula, anda wajib nyatakan objektif dan tujuan anda hantar resume tersebut. Bayangkan resume ni seperti satu brochure produk. Untuk pastikan pelanggan tertarik dengan iklan sesuatu produk, tajuk tu mesti kena WOW kan?

Sama juga untuk resume. Objektif adalah ruang untuk anda pitch dan tarik perhatian HR atau majikan supaya tertarik dengan resume anda. Manfaatkan sebaiknya ruang ini.

#6 Surat pengiring (Cover Letter)

Untuk CV, anda kena lampirkan sekali cover letter. Ini adalah bertujuan untuk ringkaskan kandungan yang terdapat dalam CV dan kesesuaian pemohon bagi jawatan yang dimohon.

Resume tak perlu cover letter pun tak apa kerana resume itu sendiri sudah ringkas dan padat. Yang penting sekali jika ada portfolio yang ingin ditunjukkan, sila sertakan sekali pautan. Ingat majikan ni ada masa ke nak buat carian pasal diri anda, nak tahu apa anda buat dan sebagainya.

Mudahkan kerja HR atau majikan, insyaAllah urusan anda juga akan dimudahkan.

Contoh resume yang bagus

Belajar sesuatu? Semoga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang sedang cari kerja tu.

Blog

Locations