3 Soalan Pasal Coliving Yang Mesti Anda Nak Tahu

Dalam era harga rumah semakin mahal, bayar sewa pun dah macam beli rumah, coliving hadir dengan alternatif yang menarik. Lagi-lagi nak hidup di tengah-tengah bandar ni kan.

Banyak soalan yang kami terima sejak Wetopia mewujudkan komuniti Coliving ni. Maklumlah, benda ni masih baru di Malaysia tapi sebenarnya sudah lama diperkenalkan di negara-negara yang lain.

Berikut 3 persoalan yang biasa orang tanya.

Awas! Anda mungkin akan jatuh hati bila tahu pasal coliving =)

1. Apa beza Coliving dengan pilihan sewa yang lain?

Coliving memberi anda satu pengalaman yang luar biasa.

Luar biasa disini bermaksud anda sewa bilik tapi anda memiliki akses fasiliti rumah yang lengkap & interior design yang nampak mahal, tak perlu kongsi bilik atau rumah macam ‘sardin’.

Jimat masa dan tak pening kepala dah.

Jika nak bandingkan dari segi harga pula, ia sangat subjektif.

comparison

Ada orang lihat nampak harga yang ditawarkan murah, ada juga yang nampak mahal.

Setiap orang ada perspektifnya tersendiri.

Paling penting adalah komuniti coliving yang tak ada pada khidmat sewa tempat tinggal yang lain.

2. Kenapa nak kena ada komuniti?

Selagi mana kita bergelar sebagai manusia,selagi itulah fitrah kita untuk hidup secara berkelompok.

Bila mana kita lari dari fitrah, hidup nak berseorangan, tak mahu bergaul, kita akan cenderung untuk jatuh sakit seperti menghadapi kemurungan.

Dalam setiap komuniti akan ada ketua. Di coliving, ia dipanggil sebagai Pengurus Komuniti (Community Manager, CM).

Ibarat seperti keluarga, si ketua akan pastikan anak buahnya hidup dalam keadaan harmoni. Begitu jugalah dalam komuniti coliving. Hinggakan tombol pintu rosak pun anda boleh minta CM selesaikan.

Paling penting adalah keselamatan ahli komuniti. Memang kebanyakan penyewa perempuan yang join Wetopia Coliving atas dasar keselamatan berbanding tempat sewa sebelumnya. Lagi-lagi bila hidup keseorangan ditengah-tengah bandar ni, macam-macam boleh jadi.

3. Bagaimana jika saya seorang introvert?

Di Wetopia Coliving, anda sentiasa dialu-alukan, tiada paksaan.

Setiap orang mempunyai personaliti dan cara yang tersendiri, itu yang membuatkan komuniti ini sentiasa dinamik. Kami hargai mereka yang mengutamakan saat-saat bersendirian.

Ramai je yang introvert atau pendiam tetap pilih Wetopia kerana kebanyakan bilik yang kami tawarkan adalah bilik perseorangan. Tapi, ini tidak bermakna anda tak boleh join keseronokan bilamana ada aktiviti bersama.

Aktiviti mingguan yang dirancang pula kebanyakannya PERCUMA seperti movie night, riadah & bersukan (futsal, badminton) dan macam-macam lagi. Pada awalnya, anda akan rasa sedikit janggal. Tapi yakinlah, lama-kelamaan anda akan rasa seperti hidup dalam satu keluarga.

Macam mana kalau saya ada konflik dengan penyewa lain?

Ingat lagi kita ada Pengurus Komuniti?

Tipulah kalau kami cakap tak ada masalah langsung sesama ahli. Pasti ada. Tapi kebanyakannya berjaya diatasi dengan baik oleh CM. Jadi, jangan risau. Segalanya boleh diatur.

Macam mana nak join komuniti Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Wetopia Asia Sdn. Bhd.
Office Suite 15-7, Menara 1MK, No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Copyright © 2024 Wetopia Coliving. All rights reserved.