Kenapa bilik sewa zero deposit kami bergantung pada rekod CTOS anda?

zero-deposit-skor-ctos

Published: Januari 3, 2022

Untuk pengetahuan anda, kami mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang mahukan kelebihan zero deposit iaitu dengan periksa rekod CTOS anda. Sebab itulah kami perlukan salinan kad pengenalan anda untuk buat semakan.

Sifirnya mudah.

Jika rekod CTOS anda cantik, bermakna anda seorang yang berdisiplin, terutama dalam hal berkaitan kewangan.

Anda kena faham bila mana tuan rumah beri pilihan zero deposit, ini bermakan tuan rumah tanggung risiko yang besar. Anda boleh baca artikel ni untuk faham lebih lanjut : Duit Deposit Yang Penyewa Bayar Untuk Apa Sebenarnya?

Selain tu, sebenarnya banyak faedah yang anda boleh dapat jika rekod CTOS anda bagus.

Bank jadi kawan bila skor kredit anda menawan? 

Tentu ramai dah sedia maklum tentang akibat buruk kalau skor kredit tak cun.

Tapi tak ramai yang jelas dengan maksud sebenar skor kredit ini, dan macam mana nak ubah laporan ini jadi cun. Baru bank senang hati nak pinjamkan duit kat korang.

Ini beberapa perkara tentang skor kredit, yang mungkin korang belum tahu :

#1 : Skor kredit tak serumit yang anda fikirkan 

Mungkin ada yang anggap semua ini bagaikan satu perkara misteri, kompleks, dan sangat susah untuk kita fahamkan.

Pada peringkat asas, skor kredit tak susah mana pun. Ramai yang beranggapan macam kat atas tadi tu sebab terlampau overthink. Padahal, senang je nak faham benda ni.

Kalau anda faham 3 perkara ini, mudah sebenarnya nak faham tentang skor kredit :

  • Pastikan bayar bil setiap bulan tanpa gagal,
  • Tak buat terlalu banyak loan secara kerap,
  • Menjaga baki hutang serendah mungkin.

Jaga 3 benda ni, dan skor kredit anda pasti akan sentiasa cun.

Cakap memang senang. Tapi tak ramai yang ‘mampu’ buat semua ini. Terutama sekali kat bab menjaga baki. Uruskan ini dengan baik dan tak perlu risau pasal skor kredit.

#2 : Skor kredit, wajib jaga setiap masa? 

Kalau nak pohon loan rumah, kereta, atau kad kredit dalam masa terdekat, anda wajib jaga skor kredit ni.

Lebih-lebih lagi kalau dah tau yang skor kredit anda teruk.

Tapi jangan risau.

Anda boleh bagi cun balik dengan buat segala perkara yang perlu. Atau paling kurang, elak buat sebarang perkara yang merosakkan skor kredit tu.

Cuma pada kebanyakan masa, anda tak perlu risau pun pasal skor kredit ni.

Kalau tak ada plan nak apply loan (dalam masa terdekat), tengah mencari insuran kereta, atau mencari apartmen untuk menyewa, tak perlu risau pasal skor kredit.

Tapi jangan ambil mudah pulak. Sementara tu, pastikan anda bayar segala bil tepat pada masanya setiap bulan. Pendek kata, jaga segala yang perlu dijaga.

Dan bila tiba masa nak buat loan, semua ni dah sedia cun-melecun untuk tatapan bank.

#3 : Skor cun, hidup selamat? Belum tentu lagi 

Katakan, anda berjaya jaga skor kredit supaya kekal cun.

Anda bekerja keras untuk pastikan semua ini. Setiap bulan, korang jelaskan bil tepat pada masanya. Dan sekarang, tiba masa untuk korang nikmati segala kelebihan yang ada.

Buat apa nak risau. Kalau skor dan cun-melecun, takkan senang-senang skor kredit boleh jadi teruk dalam masa yang singkat, kan?

Walaupun kes untuk setiap individu berbeza, seseorang yang mempunyai skor yang cun mungkin mengambil kredit yang lebih besar, berbanding mereka yang mempunyai skor kredit yang ala kadar saja.

Tak kisah la apa pun skor korang. Kesilapan ini akan bunuh skor kredit tanpa belas kasihan.

Tapi, ada berita baik.

Anda boleh elakkan banyak kesilapan yang bagi kesan buruk kat skor kredit ini.

Contohnya, boleh set pembayaran automatik, supaya tak terlepas bayar bil setiap bulan. Anda jugak boleh tetapkan bayaran lebih daripada jumlah minimum. Kalau tak, jangan terkejut kalau hutang semakin berkembang.

Kesimpulannya, janganlah ambil mudah dalam penjagaan skor CTOS anda. Kami faham nak bayar deposit tu agak besar terutamanya bagi graduan atau yang baru nak mula kerja. Jadi, elakkan daripada buat kesilapan dalam hal kewangan untuk kesenangan yang akan datang.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading