Duit Deposit Yang Penyewa Bayar Untuk Apa Sebenarnya?

sewa-zero-deposit

Published: Januari 19, 2022

Bila nak cari rumah sewa ni, antara benda yang kita akan tengok adalah terma deposit dia. Ada yang kenakan deposit yang sikit dan ada juga yang tinggi.

Contohnya 1+1, 2+1 dan juga 2+1+1. Ada juga yang bagi ZERO deposit.

Eh! Betul ke?

Ya, ada tapi jarang sangat-sangat pemilik rumah nak bagi zero deposit. Jangan risau, ada tip macam mana nak dapatkan sewa zero deposit ni. Benda ni akan diterangkan dihujung artikel ni.

Sebelum tu kita fahamkan dulu kenapa ada deposit dan jenis-jenis deposit. Benda ni masih ramai yang tidak faham lagi sehingga berlaku salah faham antara penyewa dan tuan rumah.

Konsep deposit

Ada yang salah faham deposit ni macam sewa ‘advance’ yang menyebabkan ada yang tidak bayar sewa bulan-bulan akhir dalam tempoh sewaan rumah tu.

Deposit = Cagaran

Terma yang lebih tepat dan mudah faham adalah cagaran. Atau kata lain adalah sebagai jaminan bagi pihak tuan rumah yang menanggung risiko.

Contoh risiko adalah seperti berikut :

1) Penyewa bertangguh-tangguh bayar duit sewa.

Sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran kat bank setiap bulan.

Kalau lewat bayar, CCRIS tuan rumah yang akan tercalar. Lebih teruk lagi, dah la penyewa kantoi bayar sewa. Lepas tu siap menghilangkan diri pulak tu. Parah.

2) Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak. 

Maka tuan rumah mungkin akan rugi 1 hingga 2 bulan. Rumah kosong tak berpenyewa.

Dalam hal ni, tuan rumah kena la cari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.

3) Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa. 

Contohnya, paip air patah, pintu pecah (penyewa ada perangai kunci tombol pintu dari dalam), tombol rosak, saluran tersumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spen***, dan sebagainya), jubin pecah, dan lain-lain lagi.

Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, sepatutnya ditanggung oleh penyewa.

4) Kerosakan perabot. 

Contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah, dan lain-lain.

Ini jugak adalah kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, bukan sebab wear and tear. Kecuali kalau perabot memang uzur.

5) Bil-bil tertunggak yang tak dilangsaikan oleh penyewa.

Kadang-kadang, hingga berbulan-bulan lamanya.

Biasanya, tuan rumah akan sedari apabila penyewa telah keluar rumah.

6) Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang tahun tak dimop.

Jenis cagaran atau deposit yang dikenakan pemilik rumah pula bergantung pada beberapa perkara seperti :

  • Kondisi rumah (sama ada kosong atau berperabot),
  • Budi bicara tuan rumah,
  • Kebolehpercayaan terhadap penyewa.

Sekarang kita pergi kepada jenis-jenis deposit pula.

Jenis deposit

Kita ambil conto sewa rumah tu RM700.

  • 1 + 1 = RM700 (cagaran) + RM700 (sewa bulan pertama) =RM1,400, 
  • 2 + 1 = RM1,400 (cagaran) + RM700 (sewa bulan pertama) =RM2,100, 
  • 2 + 1 + 1 = RM1,400 (cagaran) + RM700 (cagaran utiliti) + RM700 (sewa bulan pertama) =RM2,800

Dah faham kan?

Kalau dah faham, janganlah marah tuan rumah yang kenakan deposit tinggi-tinggi lepas ni dan kecam mereka ni kononnya nak ambil kesempatan. Kebiasaannya, makin tinggi risiko, makin tinggilah deposit yang dikenakan.

Bila cakap pasal sewa ni, ramai yang mempunyai tanggapan yang negatif kepada penyewa. Apa-apa kejadian yang tidak diingini pasti berpunca daripada penyewa kan?

Memang ada, tapi ada juga masalah yang berpunca daripada tuan rumah. Terutamanya dalam hal deposit ni.

Dapat tuan rumah yang jenis kaki joli, memang lesaplah duit deposit kita tu. Padahal duit deposit kita yang sebagai cagaran tu tak boleh digunakan. Sebab itu bila nak sewa rumah ni, pastikan ada perjanjian hitam putih untuk melindungin kedua-dua pihak.

Sewa zero deposit?

Bila kita faham pasal deposit, kita pasti akan tertanya-tanya bagaimana tuan rumah boleh berani tanggung risiko untuk bagi sewa zero deposit?

Nothing free lunch. Setiap benda ada harganya.

Contohnya macam di Wetopia, kami juga ada menerapkan polisi zero deposit. Tapi tak semua layak dapat zero deposit. Kami menggunakan sistem yang boleh kenalpasti skor CTOS anda. Dari situlah kami boleh tahu anda ni seorang yang berdisiplin atau tidak.

Kalau dah layak tapi lepas tu tak bayar sewa macam mana?

Kami faham akan risiko yang dihadapi. Jika berlaku kegagalan pembayaran sewa, rekod CTOS anda akan jadi buruk seterusnya bakal menyusahkan hidup anda pada masa akan datang.

Maka beruntunglah jadi orang berdisiplin ni. Duit deposit tadi siap boleh jadi simpanan anda sendiri.

Kelebihan lain bila menyewa dengan Wetopia, anda tak perlu nak hadap perangai tuan rumah yang pelik-pelik sebab anda menyewa dengan syarikat, bukan manusia. Dan banyak lagi kelebihan bila menyewa bersama kami. Nak tahu lebih lanjut, jom join sesi Q&A bersama kami dengan KLIK SINI.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading