Kenapa Orang Muda Tak Patut Beli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun?

beli-sewa-rumah

Published: November 24, 2021

Beli rumah ni dah jadi macam stigma pun ada. Kalau tak beli rumah maksudnya tak kaya, tak pandai urus wang dan macam-macam label yang orang kita berikan. Lagi-lagi ketika waktu muda-muda ni.

Boleh jadi tertekan pun ada dengan pengaruh rakan sebaya ni.

Sabar, jangan stress-stress. Baca 5 sebab ni dulu kenapa anda tak patut beli rumah pun sebenarnya.

1. Terikut-ikut

Dikala ramai belia yang baru nak injak ke alam pekerjaan, baru nak berseronok dengan gaji sendiri, tiba-tiba kita lihat kawan-kawan kita ada yang dah beli rumah. Darah muda yang sedang bergelora ni memang pantang dicabar.

Hati-hati kalau anda ada rasa macam ni. Boleh jadi anda sebenarnya tak bersedia pun untuk membeli rumah sebab anda buat keputusan dengan penuh emosi, terikut-ikut dengan orang lain.

Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila pun tak beli rumah juga.

Macam biasa dengar kan?

Nak bersedia ni ada macam-macam faktor kita perlu ambil kira. Bukan dari segi duit je. Persediaan dari segi ilmu tu lagi penting sebenarnya. Baca poin seterusnya, ada saya kongsikan cara kira beli rumah berdasarkan gaji.

2. Gaji masih kecil

Jaranglah kita nak jumpa mula je kerja terus gaji RM5k keatas, kecuali anda kerja dalam bidang kritikal seperti doktor. Meskipun tahap gaji anda sudah melayakkan anda beli rumah, biasanya komitmen beli rumah ni memang makan belanja yang besar.

Bayangkan lah kalau gaji RM2,500 , komitmen bulanan rumah RM1,000. Lebih 1/3 daripada gaji dah habis kat rumah! Itu tak masuk lagi kos-kos yang lain.

Sebab tu ada yang cadangkan kalau nak beli atau sewa rumah, pastikan jangan lebih dari 1/3 daripada gaji.

Formula lain yang boleh anda guna adalah : Gaji kasar x 30 /100

Contoh gaji RM2,500. Ambil kalkulator, tekan-tekan dapatlah jumlah RM750. Hmm, ada lagi ke harga rumah yang komitmen bulanan macam tu. Tepuk dada, tanyalah selera.

3. Bebanan hutang yang tinggi

Lagi satu masalah orang-orang muda ni, nak dapat kesedaran kepentingan kumpul aset tu lambat. Tahu-tahu je dah beli Honda dulu. Tu belum masuk hutang PTPTN masa belajar lagi.

Kalau macam ni lah gayanya, abaikan je lah nak beli rumah tu. Memang kena menyewa je lah. Tapi tak salah pun menyewa, baca artikel ni : Menyewa Sebenarnya Satu Aset?

Yang penting, ada ikut tip kira-kira dalam poin #2 yang dikongsikan.

4. Kos bela rumah

Kos beli rumah tu jangan ingat bayar bulan-bulan tu je. Deposit beli rumah dah satu hal nak kena kumpul. Paling minima pun 10% daripada harga rumah yang hendak dibeli.

Rumah ni pun macam kereta, ada kos nak bela dia. Atap bocor, paip pecah, kena serang anai-anai dan macam-macam lagi masalah yang boleh jadi pada rumah kita.

Terutama sekali bagi mereka yang beli rumah untuk dijadikan pelaburan dengan menyewakan kepada orang lain. Ini lagi pening! Jadi, orang-orang muda yang tak berapa matang, fikir siap-siap cabaran anda bila nak beli rumah ni.

5. Hidup berpindah randah

Adalah normal pada usia muda ni, kita berpindah randah disebabkan keperluan kerja. Inilah fasa untuk kita kembangkan kerjaya. Boleh jadi kita tukar tempat kerja atau kita dihantar majikan ke cawangan yang lain.

Jadi, susah nak kata dimana kita akan tinggal tetap. Walaupun anda beli rumah untuk dilabur dan disewakan, bila dah berjauhan dari rumah ni, susah nak jaga.

Apa-apa pun, terpulanglah pada pilihan masing-masing.

Jika anda juga mempunyai 5 sebab diatas ni, maknanya kita geng! Ramai anak muda yang tinggal di Wetopia juga mempunyai sebab yang sama.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading