Menyewa Sebenarnya Satu Aset?

sewa-bilik-coliving

Tak pernah lagi selama hidup ni belajar bahawa sewa itu adalah aset kan?

Sabar, jangan kecam dulu.

Jom kita fahamkan konteks. Penulis sebenarnya tertarik dengan satu tweet ni :

Aset yang dimaksudkan disinilah adalah kebebasan.

Selama ni kita faham aset ni mempunyai nilai ringgit. Kebebasan ni memanglah tak boleh diterjemahkan kepada matawang ringgit, tapi kebebasan ni sangat bermakna dalam hidup kita.

Siapa yang tidak mahu kebebasan bukan?

“Beli rumah dapat tingkatkan kadar pemilikan hartanah bumiputera!”

Ya, semua sedia maklum bahawa kadar pemilikan hartanah bumiputera memang rendah. Tapi mesej ini ditujukan kepada mereka yang mampu.

Ingat kata kunci ni, MAMPU!

Kalau dah memang tak mampu, janganlah terhegeh-hegeh nak beli rumah juga. Tu yang tersontot tu daripada beli rumah nak jadikan aset tapi jadi liabiliti pula.

Hatta, kadang-kadang mereka yang mampu tak mahu dah beli rumah sebab tidak mahu terikat dengan pinjaman bank yang berpuluh tahun lamanya.

“Daripada sewa lama-lama lebih baik beli je rumah terus”

Biasa dengar kan?

Saya sebagai penyewa tegar mula-mula terasa lah juga. Yelah, bila buat kira-kira memang betul pun.

Contoh bayar sewa RM1,500 sebulan untuk tempoh masa 30 tahun, dengan kadar kenaikan setiap 3 tahun, berapa banyak jumlah duit yang tuan rumah tu terima?

Lebih kurang sebanyak RM702,000 tau! Dah mampu beli rumah landed siap kolam renang lagi tu.

Betul lah tu. Tapi tak semua orang lihat nilai tu hanya pada harta atau matawang ringgit.

Ada orang lebih memandang ketenangan tu lebih bernilai. Bila menyewa ni, kita tak terikat pada satu-satu tempat, tak ada komitmen hutang, boleh pindah mana-mana ikut kita suka. Kan tenang tu.

Setiap orang mempunyai sisi pandang yang berbeza.

Ikut kehendak dan keperluan masing-masing. Yang penting, setiap keputusan yang anda ambil tu kenalah berpandukan maklumat yang betul dan sahih. Kalau beli rumah tu, janganlah sebab terikut-ikut. Buatlah kira-kira dulu. Komitmen hutang selama 30 tahun ni jangan buat main-main.

Blog

Locations