Mula hidup berdikari tanpa bergantung pada duit mak ayah kita memang mencabar. Lagi-lagi bila nak bayar sewa bilik atau rumah.
Nak cari tempat nak tidur pun dah makan belanja yang besar. Semua harga naik. Sewa bilik naik, harga makanan naik, nak fikir pasal hutang belajar lagi. Itu baru belanja-belaja besar.
Belanja kecil macam bil elektrik, internent, air, petrol, peralatan rumah, perabot dan macam-macam lagi kalau ditambah boleh jadi ribuan juga ni.
Inilah realiti yang perlu kita hadap bila menjadi dewasa. Tidak hairanlah jika ada yang masih tinggal bersama mak ayah untuk berjimat.
Bolehkah Coliving bantu anda selesaikan masalah ni? Ya, anda tak salah baca. Cuba lihat infografik perbandingan bawah ni.
Macam tak percaya kan?
“Eleh, pakai pengangkutan awam bolehlah nak jimat”.
Betul, benda ni kita boleh je nak diperdebatkan. Tak semua orang nak naik pengangkutan awam sebab susah dan tak semua juga orang nak guna kenderaan sendiri sebab mahal.
Berbalik pada anda sendiri. Apa yang sesuai dengan anda.
Walaupun kami di Wetopia masih belum membesar berada di seluruh Malaysia, tapi kami cuba kembangkan saya untuk ke setiap negeri. Jika boleh setiap daerah.
Lokasi yang kami pilih pun kalau boleh nak sedekat yang boleh dengan pengangkutan awam. Ya, kebanyakan lokasi kami memang berhampiran dengan pengangkutan awam.
Inilah aspirasi kami untuk wujudkan Wetopia. Kami nak bina komuniti yang luas dan besar di Malaysia.
Jom kita lihat dalam skop yang lebih luas.
Mungkin anda lihat jimat pada bil elektrik, air, internet tu macam kecil kan? Sekarang kita lihat pula proses untuk anda berpindah.
Perkara utama yang anda kena fikirkan bila nak pindah adalah logistik. Kos sewa lori dah beratus-ratus. Tak kira masa dan tenaga lagi. Hidup hari ni, masa adalah sangat berharga. Itu pun kalau anda hargai betul-betul masa anda.
Dengan adanya Wetopia di seluruh Malaysia, anda boleh pilih untuk pindah mana-mana sahaja lokasi yang kami ada. Sebab kami faham fasa awal kerjaya orang muda ni memang banyak pindah randah.
Jika perkara ini tidak mengghairahkan anda, maknanya anda sudah berada dalam fasa yang lebih dewasa. Sebabnya kami fikirkan masalah dewasa muda yang boleh kami selesaikan.
Ditambah lagi dengan tempoh sewa yang fleksibel, harga sewa bilik yang berbaloi, dilengkapi dengan perabot, fasiliti mewah seperti gym, kolam renang, semuanya kalau digabungkan memang betul-betul menjimatkan anda.
Logik kan?
Bukan itu sahaja! Nak tahu bagaimana boleh dapat sewa bilik percuma dan jana duit ekstra dengan hanya menyewa. Jom join webinar kami untuk tahu info lanjut. Klik je gambar bawah ni.