Sewa 6 bulan je? Ini kelebihan sewa jangka masa pendek.

Published: February 21, 2022

Kita mungkin dah biasa dengan kontrak sewa minima satu tahun. Dengan peralihan zaman dan gaya hidup terkini, sewa jangka masa pendek (short term rental) kini sudah mula mendapat perhatian.

Sssshhh, ada juga pemilik rumah yang tak suka dengan sewa macam ni. Hehe.. Terutama sekali mereka yang suka bagi sewa rumah kosong.

“Nah, pandai-pandai lah nak isi rumah macam mana. Yang penting duit sewa kau aku boleh guna bayar bank”

Tak semua macam tu, segelintir je. Sebenarnya kan, sewa jangka masa pendek ni banyak bagi kelebihan pada pemilik rumah juga.

Tapi kita tak nak cerita pasal pemilik rumah, kita nak fokus kepada penyewa. Apa kelebihan untuk anda sebagai penyewa jangka masa pendek ni?

Ayuh! Teruskan membaca.

1. Fleksibiliti

Seiring dengan peredaran zaman, corak cara kerja kita pun dah berubah.

Ada yang kerja dari rumah, ada yang kena kerap travel, ada yang buat start-up dan macam-macam lagi keunikan cara kerja sekarang ni.

Atas faktor ni, tinggal secara tetap bukanlah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Maka, hadirlah konsep sewa jangka masa pendek yang memenuhi kehendak mereka. Contoh yang paling popular adalah Airbnb. Kami di Wetopia juga terapkan konsep yang sama sekali dengan konsep coliving.

Bukan sahaja dapat tempat tinggal sementara, siap dapat masuk sekali dalam komuniti yang mempunyai satu mindset yang sama.

2. Lengkap dengan perabot (Fully-furnished)

Macam dinyatakan diatas, pemilik rumah yang tak suka konsep ni kebanyakan yang jenis bagi sewa rumah kosong.

Untuk konsep sewa ni, pemilik rumah memang pastikan rumah atau bilik lengkap dengan perabot dan kelengkapan. Memang sesuai sangat untuk penyewa yang tiada masa nak fikir beli perabot semua tu.

Bawa beg baju, cuci kaki terus boleh masuk.

Senang kan?

3. Pengalaman seperti hotel

Antara alternatif lain adalah terdapat juga mereka yang ‘sewa’ di hotel. Tapi jaranglah hotel nak bagi kadar harga secara bulanan. Ada tu ada, tapi sangat jarang.

Dalam coliving, anda juga boleh dapatkan pengalaman ala-ala hotel. Bukanlah 100% tapi paling tidak anda dapat akses fasiliti seperti kolam renang, gym, sauna dan konsep interior design yang nampak mewah (bergantung pada lokasi).

Nak rasa kelainan berada dalam komuniti coliving Wetopia?

Jom sewa 3 bulan dulu dengan zero deposit (dengan syarat-syarat yang ditetapkan).

*[KEMASKINI 20 FEB 2022] Tempoh minima kontrak sewa bersama Wetopia yang terkini adalah 6 bulan.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading