5 Tempat Menarik Semulajadi di Kuala Lumpur

Tinggal di bandar berhutankan batu ni kadang-kadang boleh buat kita tertekan. Dengan masalah kerja, kesibukan jalan raya lagi, memang kena hadap setiap hari.

Jangan risau, walaupun tinggal di bandar yang maha sibuk, syukur masih ada tempat semula jadi untuk kita lupakan sebentar masalah yang serabutkan kepala otak kita.

Jangan terkejut pula, siapa sangka rupa-rupanya ada juga tempat macam ni di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

taman-eko-rimba-kl-wetopia

1. Taman Eko Rimba / Hutan Simpan Bukit Nenas

Juga dikenali sebagai Eco Forest Park, hutan ni hanya lebih kurang 300 meter sahaja dari Menara Kuala Lumpur. Jalan kaki je dah boleh sampai ke pintu gerbang masuk ke hutan ni.

Untuk pengetahuan anda, hutan ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal sejak tahun 1906 lagi.

eko-forest-kl-coliving
Sumber: tripadvisor.com.my

Selain daripada tarikan utama kehijauan alam dan jambatan gantung, disini juga anda lihat taman herba dan taman orkid. Nak masuk hutan ni percuma je. Tapi kalau anda nak berkhemah atau bermalam, kena buat permohonan terlebih dahulu.

taman-botani-perdana-coliving-kl
Sumber: TripSavvy

2. Taman Botani Perdana

Dulu taman ni dikenali Taman Tasik Perdana. Jaraknya hanya 10 minit sahaja dari Masjid Negara.

Sinonim dengan namanya, taman ni ada banyak pemandangan yang cantik dipenuhi gubahan bunga dan pokok semulajadi. Memang menarik untuk buat sesi tangkap gambar. Nak jog dan beriadah kat taman ni pun boleh, siap ada taman permainan kanak-kanak yang luas.

taman-tugu-coliving-kl

3. Taman Tugu

Selain tu, Taman Tugu ni pun best juga nak santai-santai lihat kehijauan alam.

Bezanya taman ni dengan tempat yang lain, disini ada Tugu Negara. Dah nama pun Taman Tugu, mestilah dekat dengan Tugu Negara kan?

Bagi yang tidak tahu, taman ni hanya 4 minit (3km) je dari Dataran Merdeka.

bukit-tabur-coliving-kl

4. Bukit Tabur

Bagi mereka yang sukakan cabaran, tak perlu pergi jauh-jauh. Bukit Tabur ni berada di Taman Melawati.

Bukit ini mempunyai ketinggian 396 meter dari aras laut. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jalan masuk nak daki Bukit Tabur iaitu Tabur East dan Tabur West. Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam pendakian, boleh guna laluan Tabur West yang lebih mesra pengguna.

bukit kiara coliving kl e1636619401508
Komuniti Wetopia Mendaki Bukit Kiara

5. Bukit Kiara

Bagi mereka yang sukakan cabaran, mungkin ini bukan pilihan yang pertama kerana tingginya hanya 250 meter dari aras laut. Tapi jika anda suka lakukan aktiviti pendakian secara kerap dan ramai-ramai, tempat ini sangat sesuai.

Ramai juga yang jadikan bukit ni sebagai tempat latihan larian. Nak joging pun boleh!

Ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi untuk lari kejap dari kesibukan kerja. Memang dah jadi kebiasaan komuniti Wetopia akan buat aktiviti bersama-sama setiap hujung minggu. Inilah kelebihan tinggal di Wetopia Coliving.

Kita dah tak macam dulu cari tempat tinggal sekadar nak tidur je. Sekarang kita nak cari tempat yang selesa dan suasana yang positif seperti mempunyai rakan serumah yang memahami antara satu sama lain.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Salah satu lokasi kami di Kuala Lumpur adalah Mont Kiara. Anda boleh baca Gaya Hidup Bujang Di Mont Kiara, Sewa Bilik Je Tapi Rasa Macam Duduk Rumah Mewah. Selain itu anda boleh tengok lokasi kami yang lain dengan KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Wetopia Asia Sdn. Bhd.
Office Suite 15-7, Menara 1MK, No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Copyright © 2024 Wetopia Coliving. All rights reserved.