Gaya Hidup Bujang Di Mont Kiara, Sewa Bilik Je Tapi Rasa Macam Duduk Rumah Mewah

bilik-sewa-murah

Published: December 28, 2021

Dilengkapi dengan akses lebuhraya, pusat membeli-belah, kondo & hartanah mewah, pelbagai restoran, sekolah antarabangsa dan pelbagai lagi fasiliti mewah sehingga boleh dikatakan ‘syurga’ bagi bangsawan. Pasti anda yang baca ni pun rasa teringin untuk tinggal di kawasan seperti ini.

Siapa sangka kawasan yang dulunya merupakan ladang getah kini berubah menjadi sebuah kosmopolitan yang menjadi tumpuan orang ramai. Tidak hairanlah jika ada majikan yang nak sangat ada pejabat di Mont Kiara kerana alamatnya sahaja sudah melambangkan prestij sesebuah perniagaan itu.

Latar belakang Mont Kiara

Sekitar 90-an, Mont Kiara dulu asalnya adalah Ladang Getah Segambut Dalam. Kemudian Dato Alan Tong, pengasas Sunrise Sdn Bhd telah membeli 40.47 hektar tanah di Segambut Dalam. Seterusnya telah membangunkan kondomonium pertama di kawasan itu pada tahun 1993 iaitu Mont Kiara Pines.

Melihat kejayaan Mont Kiara Pines menambat hati pembeli, Mont Kiara Palma dilancarkan dengan kehadiran 400 unit. Semenjak itu, kawasan tanah yang dimilikinya telah dinamakan kepada Mont Kiara. Selepas itu, sikit demi sikit pemaju perumahan ikut jejak langkahnya termasuklah TA Global Bhd, Ideal Property Group, BT Homestead Sdn Bhd dan Yakin Land Sdn Bhd yang mempunyai projek di Dutamas.

Harga Mont Kiara Pines awal-awal dulu adalah sekitar RM190 per kaki. Ketika itu pangsapuri di Bangsar pun dijual lebih RM300 per kaki. Kini harga di Mont Kiara boleh cecah ribuan ringgit per kaki!

bilik-sewa-coliving

Pusat tumpuan pekerjaan

Disebalik kehidupan yang serba mewah, tak dinafikan lagi bahawa disini juga terdapat banyak peluang pekerjaan. Seperti mana yang dinyatakan diatas, ramai majikan yang beri perhatian pada lokasi yang berprestij seperti Mont Kiara.

Selain itu, lokasinya yang strategik juga merupakan salah satu faktor yang meningkat kadar pekerjaan disitu.

Selatan Mont Kiara : Penchala Link
– Mutiara Damansara
– Taman Tun Dr. Ismail
– Bandar Utama
– Damansara Perdana
– Kepong

Timur Mont Kiara: Jalan Duta
– Jalan Tun Razak
– KLCC (20 minit sahaja)
– Kerinchi Link : Damansara Heights, Bangsar, Petaling Jaya

Barat Mont Kiara: Jalan Segambut Dalam

Utara Mont Kiara: Lebuhraya Utara Selatan
– Klang
– Shah Alam
– Rawang

zero_deposit_rental_coliving

Alternatif gaya hidup baru

Memang tidak boleh disangkal lagi akan lokasi Mont Kiara yang strategik, akses jalan yang banyak, kemudahan & fasiliti yang lengkap, serta yang paling penting adalah suasana kejiranan yang selamat dan harmoni.

Walaupun begitu, menjadi kesukaran bagi mereka yang baru sahaja mulakan kerjaya disini. Ini kerana untuk cari tempat tinggal sahaja telah menelan ribuan ringgit. Ini tidak termasuk dengan peralatan dan perabot keperluan lagi.

Namun, kita boleh lihat ada satu trend baru untuk hidup di kawasan seperti itu. Trend ini sebenarnya popular di luar negara tapi baru nak berjinak-jinak di Malaysia iaitu Coliving. Ramai orang ingat coliving ni sama seperti sewa bilik tetapi konsepnya jauh lebih baik dari itu.

Paling penting sekali konsep ini sangat berguna bagi mereka yang ingin mulakan kerjaya professional di kawasan seperti Mont Kiara ni.

Beza Coliving dengan sewa bilik biasa

Picture tells a thousand words

Sekilas pandang sahaja sudah nampak perbezaan ketara antara Coliving dengan sewa bilik biasa. Ya, kalau anda buat carian bilik sewa di Mont Kiara, memang ada yang iklankan paling rendah lebih kurang RM500-600. Tapi itu tidak termasuk kemudah-kemudahan yang lain. Akhirnya anda terpaksa belanja sehingga mencecah ribuan ringgit juga setiap bulan.

Dengan Wetopia, anda boleh dapat lebih dari itu. Bukan sekadar bilik dan suasana seperti rumah mewah (tak kongsi bilik macam sardin ya), siap dapat rakan serumah yang mempunyai pemikiran yang sama. Inilah yang kita panggil komuniti Wetopia.

Mereka yang menyewa bersama Wetopia semuanya mempunya satu hasrat dan impian yang sama iaitu hendak hidup selesa bersama komuniti tanpa pening kepala nak fikir hal-hal remeh seperti rumah kotor, peralatan rumah rosak, nak kena bayar bil, kongsi duit bayar wifi dan sebagainya.

Semua ini akan diuruskan oleh pengurus komuniti Wetopia (Communiti Manager, CM). Bukan itu sahaja, CM juga siap rancangkan aktiviti mingguan yang boleh dibuat bersama komuniti.

Jadi, anda tidak keseorangan dan boleh rasai betapa nikmatnya hidup ini bila ada komuniti.

Seronok bukan?

Jika anda hendak tahu lebih lanjut berkenaan unit Coliving yang sedia ada terutamanya di Mont Kiara, anda boleh KLIK SINI.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading