Penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita, termasuk bencana banjir pasti akan mengubah landskap pekerjaan di Malaysia. Selepas gelombang Covid-19, rata-rata syarikat dan perniagaan mula pergiatkan penglibatan dalam digitalisasi.
Daripada fenomena ini kita boleh jangkakan segala kerja yang berkaitan dengan IT atau teknologi pasti akan menerima permintaan yang tinggi.
Dengan itu, kami bawakan info tentang pekerjaan yang popular atau mempunyai permintaan yang tinggi ketika ini. Harapannya semoga anda boleh rancang masa depan dengan lebih strategik dan jelas.
Dapatan yang diperoleh diatas ini adalah dari laporan Kelly Services. Dibawah ni kami pecahkan mengikut sektor industri.
Semua sedia maklum bahawa sektor perbankan adalah industri yang boleh dikatakan sentiasa untung. Maka tidak hairanlah pekerjaan dalam sektor ini menawarkan ganjaran yang agak lumayan.
Namun dengan perkembangan teknologi hari ini, banyak ruang lingkup kerja yang telah diambil oleh robot. Cawangan-cawangan bank pun banyak ditutup kerana perkhidmatan yang digantikan secara atas talian.
Jadi nak terus kekal dalam industri ni kenalah naik tangga atas sikit.
Antara sektor yang paling hangat diperdebatkan di Malaysia.
Kalau kita lihat tangga gaji atas ni, tidak hairanlah ramai jurutera kita yang berhijrah ke luar negara atas faktor gaji yang lebih tinggi.
Sektor ini lebih kurang seperti sektor perbankan. Hal-hal berkaitan dengan duit ni, gajinya besar tapi tugasannya pun boleh tahan banyak juga.
Pandai-pandailah pertimbangkan apa yang menjadi prioriti kita.
Ini bidang yang biasa orang ambil mudah. Tapi kalau ada pengalaman yang luas, boleh menjimatkan duit syarikat. Syarikat suka, gaji pun tinggi.
Bidang ni tak perlu dinafikan lagi. Memang menjadi permintaan yang sangat tinggi ketika ini. Ganjarannya pula memang lumayan. Maklumlah seiring dengan perkembangan teknologi.
Jadi, kalau ada anak-anak yang nak sambung belajar, boleh sarankan ambil bidang ni.
Bidang yang sedang hangat ketika ini. Kebanyakan syarikat dan usahawan telah beralih ke penjualan atas talian, jadi mereka yang mahir dalam bidang ni memang menjadi rebutan.
Lebih-lebih pemasaran digital. Menariknya bidang ni tak perlukan pembelajar formal. Semua orang boleh terjun ke bidang ni melalui pembelajaran yang tidak formal seperti kursus dan youtube.
Begitulah serba sedikit info berkenaan kerjaya di Malaysia. Menariknya info ni adalah tempoh pengalaman yang diperlukan tu boleh jadi panduan kepada para graduan atau mereka yang baru bekerja untuk tetapkan tempoh sasaran mereka untuk naik ke tahap seterusnya.
Anda juga boleh baca ni : Bilakah Waktu Terbaik Pindah Kerja Untuk Naikkan Gaji?