Bilakah Waktu Terbaik Pindah Kerja Untuk Naikkan Gaji?

Published: November 10, 2021

Bila fikir nak tambah pendapatan je, ramai yang fikir kena buat bisnes atau kerja-kerja sampingan.

Tak ramai yang fokus untuk naikkan gaji dengan kerja hakiki. Bagi mereka yang dah berpengalaman pasti tahu pasal tukar-tukar atau pindah kerja (job hopping).

Trend ini semakin hangat diperkatakan, lagi-lagi dalam era teknologi hari ni. Maklumlah semakin banyak peluang pekerjaan yang wujud hasil perkembangan digitalisasi. Pendapatannya pun boleh tahan lumayan.

Namun, jika kita berpindah atau tukar kerja terlalu kerap juga akan memberikan kesan negatif terhadap perkembangan kerjaya kita. Jadi, pastikan anda faham cara job-hopping yang betul dan kenapa anda ambil keputusan untuk pindak kerja.

Apakah ‘job-hopping’ dan kenapa nak pindah kerja?

Kebiasaannya job-hopper ni kekal di satu-satu tempat kerja dalam tempoh 1-3 tahun.

Kenapa pindah kerja pula tidak terhad pada nilai gaji tu sahaja, ada banyak faktor :

  • Ada yang pindah sebab bosan dengan kerja sedia ada
  • Dapat peluang untuk kembangkan lagi kerjaya
  • Mencari budaya tempat kerja yang lebih positif
  • Nak belajar kemahiran baru
  • Nak dapatkan jawatan yang lebih mencabar

Kelebihan job-hopping

Kebanyakan job-hopper ni telah mempunyai kekuatan dalam resume mereka disebabkan pengalaman dan kemahiran yang sangat mahal.

1. Komunikasi

Sesebuah syarikat sangat hargai kemahiran seperti komunikasi, networking dan pengurusan hubungan awam (public relation). Dan kemahiran ni memang kita dapati ada pada ‘job-hopper’ sebab mereka cepat adapatasi dengan tempat baru dan biasa bina hubungan dengan rakan kerja baru.

Kemahiran ini mungkin nampak remeh kalau disenaraikan dalam resume. Tak seperti kemahiran-kemahiran yang lebih canggih. Tapi syarikat yang berpengalaman boleh kenalpasti kekuatan kemahiran ini.

Tip nya adalah anda kena terangkan bagaimana syarikat boleh dapat manfaat daripada kemahiran dan pengalaman anda dalam komunikasi.

2. Set kemahiran yang pelbagai

Bila anda bertukar-tukar kerja, anda lebih cenderung mempunyai perlbagai kemahiran untuk lengkapkan keperluan kerjaya anda.

Contohnya walaupun anda seorang pereka grafik, mungkin anda ingin kerja dalam bidang pengiklanan kerana dapat terapkan elemen pemasaran dalam reka grafik anda.

Pekerja yang mempunyai kemahiran lengkap ni sangat mahal dan diminati oleh majikan. Bukan sahaja beri manfaat kepada syarikat, malah anda mempunyai kelebihan berbanding pekerja yang lain.

3. Kenaikan gaji

Tak dinafikan lagi bahawa berpindah kerja adalah salah satu cara yang berkesan untuk naikkan gaji.

Kebiasaannya mereka yang sudah biasa job-hopping ni adalah pekerja yang cemerlang. Sebabnya mereka dah tetapkan target yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Siap boleh over perform lagi sebab nak dijadikan penguat dalam resume nanti.

Dengan segala kemahiran dan pengalaman yang telah dikumpul, anda lebih yakin untuk tetapkan nilai gaji yang lebih tinggi.

Namun, berpindah tempat kerja terlalu kerap juga tidak bagus. Ini kerana boleh memberikan tanggapan negatif terhadap diri anda. Majikan boleh anggap anda ni seorang yang tidak setia, tidak berdisiplin, cepat bosan, mempunyai expectation yang tinggi dan pelbagai tanggapan lain.

Pindah kerja dengan berstrategi

Walaubagaimanapun, anda boleh aturkan strategi supaya anda tahu masa yang sesuai untuk berhijrah.

Jangan hanya lihat pada tangga gaji yang lebih tinggi sahaja. Pastikan anda tanggungjawab anda ditempat kerja baru adalah berbeza atau lebih tinggi supaya anda terus belajar perkara baru.

Bila waktu terbaik untuk pindah kerja?

Disebabkan terdapat tanggapan negatif terhadap ‘job hopper’, jadi anda kena persiapkan hujah yang kukuh bagi meyakinkan majikan.

Soalan yang pasti akan ditanya adalah kenapa anda tinggalkan tempat kerja lama? Jika jawapan anda cenderung kepada negatif, lebih baik jangan. Ini akan membuatkan bakal majikan anda tidak senang hati.

Sebaliknya, anda kena cerita dengan rasional peluang dan manfaat yang anda nampak jika bekerja ditempat baru.

Selain itu, anda kena berlaku jujur dalam resume anda. Anda mungkin tidak mahu masukkan beberapa perkara yang boleh mencacatkan resume anda seperti kerja-kerja yang tidak berkaitan.

Jurang masa dalam tempoh kerjaya anda akan menimbulkan tanda tanya. Jika anda seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab, tak perlu untuk menipu pun. Setiap tindakan anda pasti ada sebabnya tersendiri. Ceritakan kisah perjalanan kerjaya anda, kadang-kadang majikan juga boleh tertarik dengan kisah anda.

Bertukar-tukar kerja ni banyak juga cabarannya.

Salah satunya adalah bila nak cari tempat tinggal. Kalau boleh, kita mesti nak cari tempat tinggal yang dekat dengan tempat kerja kan?

Nak dekat, lepas tu nak yang kondusif pula tu. Tempat tinggal ni main peranan juga untuk pastikan mood kita bekerja tu sentiasa positif. Kalau anda mengalami situasi seperti ini, Wetopia Coliving adalah solusi yang terbaik untuk anda.

Di Wetopia, anda boleh :

  • Tinggal minima 3 bulan
  • Mempunyai komuniti dan rakan rumah yang positif
  • Boleh pindah-pindah cari lokasi yang anda suka
  • Sewa bilik tidak berkongsi
  • Dapat fasiliti rumah yang lengkap
  • Semua bil utiliti termasuk sekali dalam sewa rumah

Dan pelbagai lagi kelebihan yang boleh bantu memudahkan perjalanan kerjaya anda.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading