Tip Beli Kereta Untuk Mereka Yang Baru Mula Bekerjaya

Sesuai sangat ke beli kereta Bezza bagi mereka yang baru nak mula bekerjaya?

Mari kita rungkaikan..

Seperti mana kita semua sedia maklum, pembiayaan kereta adalah salah satu liabiliti yang jika tersilap langkah boleh perangkap maut kewangan peribadi anda.

Terutama sekali untuk anak muda yang tak kisah poket kosong asalkan nampak bergaya.

Sepeti gambar berikut dimana situasinya adalah seperti berikut :

  • Harga Bezza spec paling rendah sekitar RM40,000
  • Deposit = 0
  • Tempoh pembiayaan = 7 tahun
  • Kadar faedah = 4%
beli-kereta
Jumlah kadar faedah = RM11,200

Memandangkan pembiayaan kereta boleh dikategorikan sebagai hutang jahat, terdapat tip untuk kurangkan pada kadar faedah pembiayaan tersebut.

Kita ambil contoh bagi mereka yang bergaji RM3,000.

1. Harga kereta < 12 bulan gaji

Jika gaji anda RM3,000 maka nilai kereta yang hendak anda beli mestilah RM3k x 12 = RM36,000 ke bawah.

Ada lagi kriterika

2. Komitmen bulanan < 15% gaji

Komitmen bulanan yang disarankan adalah RM3,000 x 15% = RM450.

Itu belum lagi termasuk kos petrol, parking, servis dan lain-lain.

Dengan 2 kriteria ni, harga kereta yang ideal untuk mereka yang bergaji RM3k adalah kereta yang bernilai RM30k.

Screenshot 2022 05 09 at 4.28.05 PM
Jumlah bayaran kadar faedah : RM8,400

“Ada ke kereta yang harga macam tu sekarang ni?”

Kereta apa nak beli tu lain cerita. Sekarang kita habiskan dulu macam mana nak kurangkan bayaran kadar faedah tu.

Kita sambung tip yang ketiga & keempat.

3. Tempoh pembiayaan beli kereta 5 tahun

Kalau tempoh pembiayaan kereta boleh sampai 30 tahun, memang kita akan tarik semaksimum mungkin. Tapi kesannya kita tak nampak iaitu kita bayar bodoh je untuk kadar faedah tu.

Kita bandingkan kalau kita pendekkan tempoh pembiayaan dari 7 tahun ke 5 tahun bagi pembiayaan kereta bernilai RM30k.

Screenshot 2022 05 09 at 4.34.35 PM
Jumlah bayaran faedah : RM6,000

Bayaran faedah dapat dikurangkan sebanyak RM2,400.

Impak penurunan ni tak nampak besar sangat sebab pinjaman kita besar. Kalau kita beli kereta mahal-mahal, memang terasa dia punya pembayaran faedah tu.

Tapi komitmen bulan jadi tinggi pula iaitu RM600 berbanding RM450 tadi.

Benda ni boleh diatasi dengan pembayaran deposit pula.

4. Deposit beli kereta 20%

Jika harga kereta RM30k, deposit yang disarankan adalah RM6k.

Screenshot 2022 05 09 at 4.38.11 PM
Jumlah bayaran faedah : RM4,800

Hasilnya, bayaran faedah dijimatkan daripada RM8,400 kepada RM4,800. Lebih 50% jimat

Komitment bulanan pula RM480, tak lari jauh dari yang asal iaitu RM450.

Jadi logiklah tip yang dikongsikan ni.

Tapi, ura-ura mengatakan Bezza ni berbaloi sebab jimat minya dan sesuai untuk yang baru mula bekerja mungkin tidak tepat. Berdasarkan 4 panduan beli kereta diatas ni, gaji yang ideal untuk beli kereta Bezza spec paling rendah pun adalah RM4k.

Dan jarang sangat gaji mula kerja ni atas RM4k.

Persoalannya, ada ke kereta berharga RM30k kebawah ni?

Kereta baru mungkin tak ada tapi kereta terpakai ada.

Nak beli kereta baru atau terpakai ni, apa-apa pun belilah ikut kemampuan sendiri. Ada orang tak kisah beli kereta mahal pun yang penting mampu bayar setiap bulan.

Sebelum kita tutup bicara, khususnya kepada orang muda, cuba tahan kejap selera nak bergaya tu.

Sekejap je.

Sebab ada caranya untuk anda bergaya tanpa perlu ikat perut.

Inilah kelebihan yang kami berikan kepada komuniti/penyewa Wetopia. Mereka akan dapat akses kelas-kelas kewangan secara PERCUMA dimana kalau orang luar nak dapatkan kena bayar ribuan ringgit.

Dalam kelas-kelas online ni, mereka akan diajar bermula tingkatkan pendapatan, beli aset sehinggalah menjadi pemilik rumah. Khas untuk komuniti Wetopia yang menyewa sehingga 3 tahun, mereka diberi hak istimewa untuk memiliki rumah dengan modal yang sangat minima.

Inilah program ‘Tenant-to-Own'.

Dari menyewa sehingga menjadi pemilik rumah. Siapa sangka duit sewa yang anda bayar hari ni boleh jadi sebagai pendapatan anda suatu hari nanti. Siap ada lebihan lagi, bolehlah guna untuk bayar bulanan kereta.

Tak perlu pening-pening nak jimat beli kereta yang cukup-cukup bajet.

Wetopia Asia Sdn. Bhd.
Office Suite 15-7, Menara 1MK, No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Copyright © 2024 Wetopia Coliving. All rights reserved.