Harga Barang Naik, Sewa Rumah Pun Naik? Pastikan Ada Perkara Ni Untuk Lindungi Hak Anda Sebagai Penyewa

sewa-rumah-naik

Published: November 26, 2021

Harga nak naik ni senang je, tapi bila nak turun tu bukan main susah. Lagi parah, harga naik ni dah macam domino effect pun ada. Satu barang naik, terus yang lain semua nak ikut sama.

Inilah yang menjadi kerisauan penyewa-penyewa sedia ada. Sebab takut-takut sewa rumah pun boleh naik juga.

Assalamualaikum tuan, sewa bulan depan naik RM100 ya. Maklumlah, harga barang naik, jadi sewa rumah pun naik ya

Situasi seperti ni sepatutnya tak boleh berlaku jika adanya kontrak atau perjanjian sewa.

Dah ada perjanjian sewa pun, anda perlu pastikan klausa atau terma yang betul kena ada dalam perjanjian tu. Oleh itu, janganlah jadi seperti asal dapat dokumen je, terus cari tempat untuk tandatangan tanpa baca isi perjanjian.

Disebabkan tiada akta khusus berkenaan penyewaan kediaman (kemungkinann Akta Sewaan Kediaman akan dibentangkan pada suku pertama 2022), jadi tuan & penyewa rumah perlu pastikan terma & klausa yang dinyatakan adalah betul dan melindungi kedua-dua belah pihak.

Ada banyak sebenarnya klausa penting yang perlu diberi perhatian dalam perjanjian sewa, tapi dalam kes ini hanya dibincangkan yang berkaitan sahaja. Berikut beberapa perkara yang anda mesti ambil tahu.

1. Tempoh sewaan

Kebiasaanya tuan rumah tetapkan 1-2 tahun tempoh sewaan.

Lebih daripada 3 tahun sudah boleh dikategorikan sebagai lease yang membolehkan daftar dalam geran. Kalau 1-2 tahun tu, tak perlu pun daftar dalam geran.

Perkara ni penting supaya anda tahu bahawa tuan rumah tak boleh buat apa2 perubahan terutama sekali kadar sewa sepanjang tempoh sewaan.

2. Jumlah sewa bulanan & cara pembayaran

Benda ni mestilah wajib kena ada. Bukan sekadar jumlah sewa tu, cara nak bayar pun kena jelas. Nak bayar online ke, secara tunai ke, bayar kepada siapa, semua tu kena jelas.

Selain tu, maklumat nombor akaun tuan rumah pun kena ada dalam dokumen perjanjian tu. Tak ada lah isu tersalah nombor akaun ke apa. Nanti kita sebagai penyewa pula yang dipersalahkan.

3. Jumlah deposit

Lagi satu benda penting pasal duit adalah deposit!

Kena fahamkan betul-betul sebab ada macam-macam jenis deposit. Ada yang 2+1, 2+1+1, 1+1 dan macam-macam lagi. Fahamkan juga deposit yang dibayar tu deposit sekuriti sahaja atau termasuk sekali deposit utiliti.

Berkenaan deposit ni, anda kena teliti apa klausa atau syarat deposit ni untuk dikembalikan. Jangan jadi mangsa tuan rumah yang lesapkan duit deposit. Jadi klausa ni penting untuk lindungi duit deposit anda tu.

Baca juga : Duit Deposit Yang Penyewa Bayar Untuk Apa Sebenarnya?

4. Syarat pembaharuan sewa

Dah tamat tempoh sewa tapi kalau nak sambung sewa macam mana?

Walaupun anda tiada hasrat nak sewa lama, tapi kena pastikan juga apa syarat-syarat kalau nak sambung sewa. Contohnya berapa banyak sewa akan dinaikkan.

Manalah tahu anda jatuh hati dengan tempat tu, bila nak sambung sewa tak ada lah terkejut beruk bila sewa dinaikkan. Bila tuan rumah dah letak siap-siap syarat sambung sewa, dua-dua pihak pun senang hati dan faham antara satu sama lain.

4. Tanggungjawab pembayaran

Dalam hal rumah ni, bukan sewa atau bulanan bank je kena bayar. Bil api, air, Indah Water, cukai tanah, cukai taksiran, penyelenggaraan pun kena bayar.

Jadi, nyatakan siap-siap dalam perjanjian penyewa penyewa bayar apa, tuan rumah pula bayar apa.

Banyak kes berlaku dimana tuan rumah tak bayar kos selenggara, tiba-tiba penyewa pula yang dipersalahkan. Jadi, hati-hati ya.

5. Klausa penamatan

Jangan terkejut pula bila tak dapat deposit semula sebab anda tamatkan sewa lebih awal dari tempoh kontrak seperti dalam tempoh perjanjian.

Biasanya memang tuan rumah akan letak klausa penamatan kontrak awal dimana deposit tidak akan dipulangkan. Lagi dahsyat ada klausa yang suruh penyewa bayar jumlah baki tempoh sewa.

Paling baik adalah klausa yang mengatakan kena beri notis 1-2 bulan lebih awal jika hendak tamat kontrak awal. Jadi anda tidak lah rasa terikat sangat.

Benda ni boleh bincang elok-elok dengan tuan rumah. Sebelum anda tandatangan perjanjian, anda boleh minta tambah klausa ni sebagai klausa penamatan. Dua-dua pihak terjaga.

6. Apa jadi kalau rumah dijual?

Pernah dengar kes penyewa dihalau sebab rumah dijual?

Kes ni biasa berlaku bila rumah dilelongkan. Untuk elakkan hal ini, anda boleh letakkan klausa dalam perjanjian yang mengatakan bahawa jika rumah terjual dalam tempoh sewaan, penjualan tersebut tertakluk pada perjanjian sewaan.

Maknanya, pembeli baru kena ikut perjanjian sewa asal. Kalau nak ambil alih pun kena tunggu tempoh sewa tamat. Kalau tidak, penyewa berhak saman tuan rumah tersebut.

Begitulah asam-garam bila menyewa ni. Selagi kita berurusan dengan manusia, pasti ada 1001 macam cabaran.

Kalau anda ada pengalaman atau masalah yang sama, berurusan dengan syarikat yang sudah berpengalaman dalam hal ini adalah alternatif terbaik. Contohnya Wetopia, kami memang sudah ada kontrak perjanjian yang disahkan mengikut lunas undang-undang.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Sumber:

1) Tuan Nas Rahman – Peguam

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading