Rasa macam bazir hias bilik sewa kan? Ini tips hias cara bajet!

hias-bilik-sewa

Published: April 14, 2022

Dah fitrah manusia, bila ada bilik sendiri mestilah nak hias bilik sewa tu cantik-cantik kan?

Mestilah kita nak pastikan tempat tidur kita tu berada dalam keadaan yang tip-top dan selesa. Benda ni penting taw sebab boleh pengaruh mood kita juga.

Tapi bila fikirkan semula bilik yang kita duduk tu bilik sewa je, rasa macam tak berbaloi pula. Yelah, dah keluar duit dan penat-penat hias, nanti bukan kekal jadi kita punya pun kan?

Jangan risau, min ada taktik supaya korang boleh hias tanpa rasa bersalah pun.

Let’s go!!!

1. Hias bilik guna konsep minimalis

Tak dinafikan lagi konsep minimalis adalah cara hias bilik bajet yang terbaik. Lagi-lagi untuk orang muda macam kita ni.

Menariknya konsep minimalis ni :

  • Perabot cukup seadanya. Tak perlu beli perabot lebih-lebih.
  • Bilik tak sempit. Rasa luas je sebab tak banyak barang.
  • Senang nak kemas bilik.
  • Senang juga bila nak pindah sebab semua barang ada dalam kotak-kotak.

Poin seterusnya min terangkan lebih lagi pasal seronoknya minimalis ni.

2. Gunakan kotak-kotak sebagai hiasan

Perkara yang min paling suka pasal minimalis ni adalah barang-barang semua ada dalam kotak-kotak khas. Senang bila nak pindah. Tak ada lah terkejut beruk bila nak pindah nanti, tiba-tiba barang jadi banyak. Mesti korang dah biasa alami situasi macam ni kan?

hias-bilik-minimalis

Alang-alang nak simpan barang dalam kotak tu, belilah kotak yang lawa-lawa sikit. Boleh susun buat hiasan macam gambar atas ni. Kalau kotak kertas tu, tak comellah nak buat hiasan kan?

3. Kurangkan barang diluar kotak (declutter)

Sebenarnya guna kotak-kotak tu, kita panggil declutter.

Asasnya declutter ni kita nak bahagikan barang yang kita kerap guna dan jarang guna. Bagi pengamal minimalis yang tegar, mereka akan let go je barang-barang yang jarang guna tu.

Tip nya mudah sahaja bagaimana nak tahu barang tu jarang kita guna. Kalau dah lebih 3 bulan terperap dalam kotak dan tak disentuh pun, maksudnya tak guna lah tu.

Lepas korang amalkan aktiviti kotak-kotak ni, secara tak langsung sebenarnya korang bina habit untuk kurangkan barang. Lepas ni dah tak beli barang yang bukan-bukan. Buat semak bilik je nanti.

Bila barang semua dalam kotak dan hanya segelintir je barang yang selalu kita guna ada diluar kotak, barulah sedap je mata memandang tengok bilik sendiri. Otak pun rasa lapang taw.

bilik-sewa-johor-bahru
Contoh bilik Wetopia di Epic, Larkin JB

4. Sewa di Wetopia

Uish, hardsell betul ni. Haha…

Tak tak, ni bukan cubaan. Betul-betul ni. Mari min ceritakan sebabnya.

Bilik Wetopia ni dah lengkap dengan perabot yang buat korang boleh hidup dengan selesa. Contohnya :

  • Katil dan tilam yang tebal
  • Meja belajar
  • Kerus
  • Almari
  • Kipas
  • Penghawa dingin
  • Langsir

Bukan tu sahaja, deco kami pun tip top. Ala-ala hotel gitu. Jadi, korang dah tak perlu nak fikir-fikir nak cat baru atau beli perabot lagi ke.

Bukan tu sahaja, wifi laju PERCUMA, bil air & elektrik pun dah termasuk sekali dalam harga sewa bilik (ada had).

Gila kan? Memang best sangat…

Ada banyak lagi manfaat yang korang boleh dapat jika sewa di Wetopia. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh join Sesi Pengenalan kami dulu. Online je. Sekejap tak lama pun, korang pun boleh tanya macam-macam soalan. Siap ada yang request room tour pun kitorang buat taw.

Klik gambar bawah ni untuk join ya.

bilik-sewa-murah
Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading