Rahsia sewa bilik PERCUMA, siap dapat buat duit ekstra lagi tu!

sewa-bilik

Tidak dapat disangkal lagi bahawa peruntukan untuk bayar sewa bilik adalah antara yang terbesar dalam perbelanjaan bulanan kita. Jika tak sewa, bayaran bulanan rumah dibeli pun boleh tahan kasar bajetnya.

Itu tak termasuk lagi bayar bulanan kerete, motor, dan macam-macam lagi komitmen bulanan yang nak kena bayar.

Sebab itu ada yang mencadangkan untuk amalkan konsep 50-30-20.

  • 50% : Belanja tetap
  • 30% : Belanja tak tetap
  • 20% : Simpanan dan lain-lain.

Dalam bahagian 50%, mungkin separuh saja dah ditelan dengan kos tempat tinggal. Tidak kira sama ada sewa atau beli rumah.

Ada orang lihat benda ni macam sembang kencang kerana realitinya kebanyakan orang sampai tak sempat nak menyimpan pun disebabkan komitmen yang banyak.

Betul, tak dinafikan. Tapi anda tetap masih ada pilihan untuk ubah masalah ini menjadi peluang. Jika nak tahu, boleh teruskan membaca.

Berikut 3 rahsia yang hendak dikongsikan. Dua pertama tu ramai dah buat tapi poin yang ketiga tu ramai yang tak tahu lagi.

Sewa rumah, kemudian buat sublet

Benda ni sebenarnya ramai je yang buat. Tapi kebanyakkannya adalah pelabur hartanah.

Mereka buat kontrak siap-siap dengan pemilik untuk sewa satu rumah terus kemudian sewakan mengikut bilik. Ini yang dinamakan sebagai sublet.

Jarang-jarang kalau penyewa sendiri yang buat. Daripada sewa satu bilik je, mereka yang pandai manfaatkan peluang akan sewa satu rumah terus dan buat sublet untuk bilik yang lain.

Kiranya macam jadi ketua rumah. Lagi bagus, kutipan duit sewa tu lepas nak bayar sewa rumah. Tak perlu bayar sewa bilik ditambah dengan untung sikit. Lepaslah bayar duit makan sikit kan?

Apa-apa pun, kalau nak buat sublet sila maklumkan dulu tuan rumah.

Jangan buat senyap-senyap ya.

Abaikan cara tradisional, ada cara lebih mudah!

Cara tadi tidaklah semudah yang disangka.

Nak sewakan rumah ni bukannya mudah. Ada pelbagai ragam manusia yang perlu kita hadap. Ada yang jenis liat nak bayar sewa, yang lari tak bayar sewa pun ada.

Belum lagi masuk hal tak ada penyewa. Daripada nak sewa sebilik je, terpaksa tanggung sewa satu rumah.

Kalau anda betul-betul mahir untuk buat pemasaran tiada masalah.

Jangan risau, sekarang kita ada cara yang lebih mudah.

Beruntungnya menjadi penyewa dan komuniti Wetopia, anda boleh rujuk atau ajak kawan-kawan lain untuk sewa bersama kami.

Kerja lebih mudah sebab anda sendiri yang menyewa dalam Wetopia ni. Jadi anda boleh kongsikan keseronokan dan kelebihan sewa di Wetopia. Buat santai-santai live Instagram pun boleh. Kemudian tinggal kongsikan link affiliate anda je.

Sebaik sahaja ada yang daftar menggunakan link affiliate anda, maka anda berpeluang untuk dapat sewa bilik PERCUMA! Kalau dapat setiap orang sebulan, silap-silap setahun duduk kat Wetopia tak perlu bayar sesen pun.

Amacam? Mudah kan?

Bagaimana pula nak buat duit ekstra tu?

Bagi mereka yang sewa bilik bersama Wetopia, anda secara automatiknya layak untuk buat affiliate bersama FAR Capital. Panjang pula nak cerita tapi kalau nak tahu info lanjut, anda boleh join sesi webinar ringkas kami dengan klik disini >> Welcome Day Wetopia

Blog

Locations