Walaupun hari ini ramai yang mula bekerja dari rumah (WFH), tapi masih ada juga yang kerja di pejabat.
Terdapat dua cara yang paling ketara untuk ke tempat kerja iaitu menggunakan pengangkutan awam dan kenderaan sendiri. Dalam hal ini kita buat perbandingan dengan kereta sahaja seperti dalam Tweet berikut.
Cost of working in KL per month (myself)
— Amin Fuad (@aminfuad_10) January 5, 2022
By Car
Toll = RM 278 (NPE plus SMART Tunnel)
Petrol = RM 200
Parking = RM 180 (Season parking)
Total = RM 658
By Public Transportation ( Mainly LRT and MRT)
My pass Touch n Go = RM 50
TOTAL = RM 50 plus a lot of walking (I don’t mind)
Pengangkutan Awam | Kereta Peribadi | |
Tol | RM0 | RM278 |
Petrol | RM0 | RM200 |
Parking | RM0 | RM180 |
Tiket (MyPass) | RM50 | RM0 |
Jumlah | RM50 | RM658 |
Berdasarkan dengan situasi diatas, memang kita boleh lihat secara ketara kos harga bagi pengangkutan awam adalah lebih murah.
Namun tidak adil jika kita buat perbandingan harga sahaja.
Bagaimana pula dengan penggunaan masa? Dan semestinya pengangkutan awam makan masa yang lebih panjang.
Secara ringkasnya, berikut kelebihan dan kekurangannya.
Kelebihan | Kekurangan | |
Pengangkutan Awam | 1. Lebih murah 2. Mini workout 3. Tidak terkesan dengan jalan yang sibuk (keretapi) 4. Boleh manfaatkan masa menunggu dengan baca buku | 1. Terkesan jika hujan sebab banyak jalan 2. Ada waktu khusus yang kena ikut 3. Tiada privasi 4. Sesak dengan orang ramai |
Kenderaan Sendiri (kereta) | 1. Mudah akses 2. Lebih cepat pada waktu jalan tak sibuk 3. Tidak terkesan dengan cuaca 4. Tiada jadual khusus | 1. Lebih mahal dan banyak kos terlibat seperti parking, petrol, baik pulih 2. Terkesan dengan jalan yang sibuk |
Mesti ada desas-desus yang kata,
“Baik motor je senang. Cepat sampai dan murah”
Betul, tapi macam biasa tak semua ada pilihan untuk naik motor kan?
Jadi, secara adilnya ikut keadaan masing-masing. Terutamanya tahap kewangan kita. Secara peribadi, penulis lebih suka naik pengangkutan awam. Walaupun terpaksa ikut jadual bertolak dan lebih banyak masa menunggu, kita boleh atur masa ikut yang telah ditetapkan.
Disini kita boleh latih diri kita dalam pengurusan masa. Selain tu, kita boleh rancang untuk isi masa menunggu dengan perkara yang bermanfaat seperti baca buku, dengar muzik, podcast dan macam-macam lagi.
Tonton Netflix menarik juga kan? Jadi balik kerja tak perlu tonton dah.
Jika anda ada bajet lebih sikit, memang tak dinafikan memiliki kedua-dua pilihan mungkin bagus juga. Waktu kemuncak jalan sesak, boleh guna pengangkutan awam. Waktu jalan lengang pula boleh guna kenderaan sendiri.
Walau apa pun pilihan anda, bukanlah hak kami untuk tentukan. Setiap orang ada cabaran dan keperluan yang berbeza. Tiada yang lebih baik berbanding yang lain.
Namun jika anda inginkan tempat atau bilik sewa yang berdekatan dengan pelbagai fasililti, kami boleh cadangkan Wetopia Residensi Suasana di Damansara Damai.