Pengangkutan awam vs kereta : berapa kos jika kerja di KL?

Walaupun hari ini ramai yang mula bekerja dari rumah (WFH), tapi masih ada juga yang kerja di pejabat.

Terdapat dua cara yang paling ketara untuk ke tempat kerja iaitu menggunakan pengangkutan awam dan kenderaan sendiri. Dalam hal ini kita buat perbandingan dengan kereta sahaja seperti dalam Tweet berikut.

Perbandingan

Pengangkutan AwamKereta Peribadi
TolRM0RM278
PetrolRM0RM200
ParkingRM0RM180
Tiket (MyPass)RM50RM0
JumlahRM50RM658

Berdasarkan dengan situasi diatas, memang kita boleh lihat secara ketara kos harga bagi pengangkutan awam adalah lebih murah.

Namun tidak adil jika kita buat perbandingan harga sahaja.

Bagaimana pula dengan penggunaan masa? Dan semestinya pengangkutan awam makan masa yang lebih panjang.

Secara ringkasnya, berikut kelebihan dan kekurangannya.

KelebihanKekurangan
Pengangkutan Awam1. Lebih murah
2. Mini workout
3. Tidak terkesan dengan jalan yang sibuk (keretapi)
4. Boleh manfaatkan masa menunggu dengan baca buku
1. Terkesan jika hujan sebab banyak jalan
2. Ada waktu khusus yang kena ikut
3. Tiada privasi
4. Sesak dengan orang ramai
Kenderaan Sendiri (kereta)1. Mudah akses
2. Lebih cepat pada waktu jalan tak sibuk
3. Tidak terkesan dengan cuaca
4. Tiada jadual khusus
1. Lebih mahal dan banyak kos terlibat seperti parking, petrol, baik pulih
2. Terkesan dengan jalan yang sibuk

Apa pilihan terbaik?

Mesti ada desas-desus yang kata,

“Baik motor je senang. Cepat sampai dan murah”

Betul, tapi macam biasa tak semua ada pilihan untuk naik motor kan?

Jadi, secara adilnya ikut keadaan masing-masing. Terutamanya tahap kewangan kita. Secara peribadi, penulis lebih suka naik pengangkutan awam. Walaupun terpaksa ikut jadual bertolak dan lebih banyak masa menunggu, kita boleh atur masa ikut yang telah ditetapkan.

Disini kita boleh latih diri kita dalam pengurusan masa. Selain tu, kita boleh rancang untuk isi masa menunggu dengan perkara yang bermanfaat seperti baca buku, dengar muzik, podcast dan macam-macam lagi.

Tonton Netflix menarik juga kan? Jadi balik kerja tak perlu tonton dah.

Kalau pilih dua-dua?

Jika anda ada bajet lebih sikit, memang tak dinafikan memiliki kedua-dua pilihan mungkin bagus juga. Waktu kemuncak jalan sesak, boleh guna pengangkutan awam. Waktu jalan lengang pula boleh guna kenderaan sendiri.

Walau apa pun pilihan anda, bukanlah hak kami untuk tentukan. Setiap orang ada cabaran dan keperluan yang berbeza. Tiada yang lebih baik berbanding yang lain.

Namun jika anda inginkan tempat atau bilik sewa yang berdekatan dengan pelbagai fasililti, kami boleh cadangkan Wetopia Residensi Suasana di Damansara Damai.

Wetopia Asia Sdn. Bhd.
Office Suite 15-7, Menara 1MK, No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Copyright © 2024 Wetopia Coliving. All rights reserved.