Kenapa Perlukan Pengurus Komuniti Untuk Bilik Sewa?

Published: Mac 24, 2022

Pengurus Komuniti atau dikenali sebagai CM (Community Manager) sudah lazim dalam industri coliving. Bagi yang tidak mengenali apa itu coliving, konsepnya sama sahaja seperti coworking space. Bezanya coliving menawarkan ruang tempat tinggal atau bilik sewa yang privasi.

Coliving terbina oleh satu komuniti yang mempunyai satu minat dan budaya yang sama dalam masa yang sama terbuka untuk berkongsi ruang tempat tinggal. Kongsi disini bukanlah seperti kongsi bilik yang kebiasaan kita lihat.

Kebanyakan ahli komuniti coliving terdiri daripada mereka yang matang dan profesional dalam hal masing-masing.

Oleh itu, nilai privasi itu sangat penting bagi mereka. Dalam masa yang sama, tetap bertoleransi untuk hidup dibawah satu bumbung yang sama. Cuma bilik sewa je tak berkongsi.

Meskipun begitu, selagi mana kita hidup berkongsi dengan manusia, masalah yang sama tetap akan berlaku iaitu perselisihan faham sesama kita.

Bagi mengekalkan nilai-nilai dalam coliving, maka wujudlah Pengurus Komuniti (Community Manager) yang menjadi orang tengah diantara ahli komuniti.

Fungsi Community Manager ni ibarat ketua rumah bagi anak-anak buahnya.

Mereka menjadi jambatan kepada ahli komuniti yang lain. Bermula dari pencarian tempat tinggal, perkenalkan kepada ahli yang lain, selesaikan masalah2 rumah tidak kira masalah teknikal atau manusia, Community Manager akan turun padang.

Seperti di Wetopia, kami ada Community Manager bagi setiap lokasi yang bersiap sedia untuk bantu penyewa yang hadapi masalah.

Tiada lagi isu takut-takut nak tegur housemate sendiri. Anda boleh terus laporkan kepada Community Manager jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Biar CM kami yang uruskan lepas tu.

Selain itu, Community Manager bertanggungjawab untuk aturkan aktiviti bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim sesama ahli. Contohnya aktiviti tengok wayang, futsal, badminton yang terbuka untuk semua ahli komuniti.

Menariknya di Wetopia, aktiviti yang diadakan adalah PERCUMA untuk semua ahli atau penyewa Wetopia.

Ada banyak lagi peranan Community Manager dibelakang tabir yang mungkin anda tak nampak.

Tapi tak perlu rasanya nak tahu mendalam sangat. Cukuplah anda boleh hidup dengan tenang dan bahagia tanpa sebarang masalah.

Jika ada pun, tak perlu serabut-serabut. Biar Communty Manager kami yang uruskan.

Seronok kan dapat hidup macam ni?

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading