3 Cara Mudah Jana Pendapatan Ekstra Walaupun Kerja Sepenuh Masa

jana-pendapatan-mudah

Published: Oktober 22, 2021

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, adalah menjadi perkara biasa jika seseorang itu buat kerja tambahan lebih daripada satu. Ada yang sampai perah keringat dari pagi sampai tengah malam untuk mencari sesuap nasi.

Namun dalam keadaan serba canggih hari ini, ada banyak perkara yang telah dimudahkan. Dan hal ini juga tidak mustahil bagi mereka yang kerja sepenuh masa untuk jana pendapatan tambahan.

Berikut 5 cara mudah jana pendapatan tambahan yang mungkin sesuai untuk anda yang sibuk bekerja. Poin yang kelima tu paling tak pernah terfikir selama ni!

1. Kongsi konten 8coin.my

Anda kerap tengok telefon dan sosial media?

Masuk je kerja terus buka sosial media untuk tengok isu-isu semasa. Macam biasa buat kan?

Tahukan anda tentang 8Coin iaitu salah satu platform terbesar di Malaysia yang memberi ganjaran jika anda kongsikan konten. Setiap kali orang klik link yang anda kongsikan, anda akan diberi ganjaran. Semudah tu je!

Ganjaran yang diberikan adalah dalam bentuk 8Coin dimana syiling digital yang terkumpul itu boleh ditukar kepada baucer, gajet elektronik, kredit e-wallet dan juga tunai.

Selain itu, 8Coin juga ada beri ganjaran jika anda promosikan web mereka. Anda akan dibayar setiap kali ada orang yang daftar akaun melalui link yang anda kongsikan. Klik disini untuk tahu lebih lanjut.

2. Affiliate/Duta Shopee

Tahukah anda yang kita boleh buat duit di Shopee tanpa perlu beli barang pun?

Kalau tak tahu, memperkenalkan 2 program daripada Shopee:
1. Shopee Ambassador Programme
2. Shopee Affiliate Programme

Tugas kedua-dua program sama iaitu hanya promosikan link produk-produk dari Shopee je. Jika ada pembelian yang berlaku daripada link yang kita kongsikan tu dalam tempoh 7 hari, maka kita layak untuk dapat komisyen.

Tak kisah produk apa sekali pun, asalkan dari Shopee.

Menariknya program affiliate shopee ni, walaupun kita kongsikan link produk A tapi orang yang klik link tu beli produk B, kita tetap dapat komisyen. Asalkan orang itu pernah klik link kita dan buat apa-apa pembelian di Shopee dalam tempoh 7 hari selepas klik link kita.

Best kan?

Shopee akan buat pembayaran dalam masa 2 bulan selepas pengesahan pembelian. Jangan pula kita guna link affiliate tu untuk beli barang kita sendiri. Jika Shopee dapat tahu, kita dikira lakukan penipuan atau fraud.

Berkenaan Shopee Ambassador Program (SAB) pula dia lain sikit. Program ini lebih sesuai untuk influencer yang ada follower minima 1,000 orang di salah satu akaun sosial media personal seperti Facebook atau Instagram.

Sudah semestinya ganjarannya lebih menarik berbanding affiliate biasa tapi ada KPI yang perlu dicapai. Jangan risau, pihak Shopee akan beri panduan dan sokongan khas untuk mereka yang terpilih masuk dalam program ni.

bilik-sewa-zero-deposit

3. Sewa hartanah

Jika anda memiliki beberapa hartanah tapi tiada masa hendak uruskan kerana kesibukan kerja, anda juga boleh minta pihak ketiga untuk uruskan.

Tak perlu pening-pening kepala nak kena cari penyewa, minta duit sewa, baiki rosak sana sini dan macam-macam lagi benda renyah nak kena uruskan bila buat rumah sewa. Semua itu boleh diuruskan oleh pihak pengurusan hartanah.

Anda sendiri boleh saksikan testimonial diatas ni. Kebanyakan pelanggan FAR Capital akan menggunakan khidmat Wetopia untuk uruskan hartanah mereka dari A to Z. Setakat ini kami tak buka kepada umum lagi dan hanya fokus kepada pelanggan FAR Capital sahaja.

Anda boleh baca kisah-kisah pelanggan FAR Capital disini.

Sebenarnya ada banyak cara lagi nak jana pendapatan, tapi kali ini kita fokus bagi mereka yang sibuk bekerja dulu. Tapi jangan pula kita guna masa kerja kita untuk buat benda-benda kat atas ni sampai hilang fokus kerja pula.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading