Tahukah anda Conor McGregor, ahli tinju UFC memiliki rumah di Ireland tapi menyewa disebuah rumah agam di Las Vegas yang dikenali sebagai McMansion?
Pelik? Tak sebenarnya.
Amalan ini sebenarnya sudah biasa di kalangan orang-orang kaya dan artis selebriti.
Kebanyakan mereka pilih sesuatu tempat untuk didiami bukan atas faktor pelaburan sangat. Boleh jadi mereka akan beli atau tinggal (sewa) di rumah yang boleh menaikkan status sosial mereka.
Segmen penyewa kaya, iaitu mereka yang berpendapatan RM645,000 setahun atau lebih RM50,000 sebulan, berkembang sebanyak 175% antara 2007 dan 2017, menurut satu tinjauan oleh RENTCafe.com.
Sumber : iproperty.com.my
Satu hakikat yang tak boleh disangkal adalah kebanyakan jutawan yang ada pada hari ini adalah juga merupakan pelabur hartanah.
Jadi, mustahil mereka ni langsung tak beli hartanah kan?
Mereka ni orang bijak pandai, pasti dah buat kira-kira terlebih dahulu.
Kebanyakan rumah yang dibeli oleh mereka adalah digunakan untuk pelaburan seperti sewa. Kemudian, hasilnya digunakan untuk tanggung kos sewa di kediaman idaman mereka.
Logik kan?
Seperti mana kita tahu bahawa orang-orang kaya ni semestinya akan pilih lokasi yang bangsawan. Kita ambil contoh luar negara ni.
Take the stately, 7,000-square-foot home for sale right now at 2708 N Lakeview in Chicago’s Lincoln Park neighborhood, built in 1915 and recently renovated. The cost to buy this five-bedroom home is $4 million. But the owners are willing to rent it out for $168,000 a year.
Sourcer : Forbes
Daripada fakta ni, kita boleh faham memang tak pelik untuk mereka menyewa dilokasi yang mahal-mahal ni. Sebabnya memang lebih murah daripada beli.
Tambahan, golongan seperti ni lebih suka berpindah-randah. Bila dah bosan tinggal disatu tempat, mereka akan pindah ke tempat lain pula.
Selain itu, masalah rumah di kawasan mahal ni adalah sukar untuk dijual. Jadi pembelian hartanah seperti ini agak berisiko. Silap langkah, memang duit hangus banyak bayar ke bank sahaja.
Itu cerita orang-orang kaya dan artis selebriti. Sekarang berbalik pada kita pula.
Apa objektif dan matlamat kita?
Anda nak beli rumah sebab pelaburan atau nak duduk?
Nak beli sebab ikut trend atau ada potensi pulangan yang berbaloi?
Dan banyak lagi soalan yang perlu anda tanya sendiri. Tiada salah atau betul dalam hal beli atau sewa ni. Ikut objektif masing-masing.
Nak selamat, menyewa dulu sambil-sambil tu boleh tambah ilmu untuk fahamkan proses jual beli rumah ni.
Inilah yang kami buat untuk komuniti Wetopia. Kami nak naik taraf penyewa kami dengan sediakan kelas kewangan online supaya suatu hari nanti orang lain pula bayar sewa kepada mereka.