Gaji 3 Kali Ganda Lebih Mahal, Ini Tip Kerja Di Singapore

Tidak dinafikan lagi bahawa majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapore adalah disebabkan pendapatan yang lebih lumayan.

Atas faktor kadar pertukaran matawang antara SGD dengan MYR yang berlipat kali ganda, dengan kerja di kedai makan pun dah nak sama taraf macam kerja bos-bos di Malaysia.

Tak adil kalau kita hanya lihat dari aspek pertukaran matawang je.

Cuba bandingkan pula dengan Pendapatan Negara Kasar per kapita (GDP). GDP Singapura adalah 5 atau 6 kali ganda berbanding Malaysia. Secara tak langsung, kos sara hidup, makan, tempat tinggal memang mahal-mahal belaka.

Padanlah dengan nilai pendapatan yang diperoleh jika kerja di Singapura.

Bagi mereka yang tinggal di Johor (JB) semestinya akan memanfaatkan peluang keemasan ini. Dengan jarak dan lokasi yang berdekatan dengan Singapura, tidak pelik mereka sanggup ulang-alik kerja di Singapura tapi tinggal di Malaysia.

Automatik terus jadi kaya walaupun kerja biasa-biasa sahaja.

Jika anda berhajat untuk kerja di Singapura, berikut beberapa tips dan panduan untuk anda.

Tip cari kerja

Tak jauh beza pun caranya. Seperti biasa kita gunakan kaedah online iaitu portal cari kerja seperti MauKerja, FastJobs, Jobstreet, Indeed dan sebagainya.

Ini adalah antara laman kerja kosong Singapura. Disini anda perlu tapis iklan dahulu, biasanya kerja untuk warga Singapura akan diletakkan tag ‘Singaporean Only’. Jika tiada maka anda boleh telefon dahulu dan sahkan jika majikan mahu mengambil warga Malaysia.

Walaubagaimanapun, anda kena berhati-hati dengan scammer yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap mereka yang terdesak.

Elakkan ejen yang mewajibkan anda tinggal di Singapura dan mengenakan caj melalui tolakan gaji 3-4 bulan. Biasanya mereka akan memegang passport anda dan anda sukar untuk kembali ke Malaysia dalam tempoh itu. Passport anda adalah hak anda. ELAK ejen yang sebegini kerana mereka boleh mengeksplotasi anda yang tiada passport ditangan.

Elakkan ejen yang meminta wang pendahuluan tanpa pernah berjumpa untuk temuduga atau isi borang kerja. Biasanya ejen yang betul mempunyai pejabat sendiri.

Tip pilih kerja

Elakkan kerja yang lokasinya terlalu jauh dari sempadan. Bagi saya maksimum 8 stesen MRT dari Tuas atau Woodland. Tuas tidak sesibuk Woodland. Di Woodland anda boleh tersekat di imegresen Singapura 40-60 minit pada waktu puncak.

Bagi yang tiada kenderaan, cari kerja yang menawarkan bas dari Johor ke tempat kerja. Kelebihan mempunyai bas tetap adalah anda tidak perlu berebut bas ketika dari imigresen Singapura ke imigresen Malaysia. Cubaan untuk menaiki bas Di Woodland pada waktu puncak kadang kala boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tip pengangkutan ke Singapura

Tambang bas dari Malaysia ke Singapura  iaitu Bas CW1 dari JB CIQ ke Kranji hanya berharga RM1.50 manakala tambang pulang ialah SD1.50. Menaiki bas adalah cara yang paling jimat dan tidak memenatkan. Secara purata masa perjalanan untuk pergi dan balik adalah 2 jam, tidak termasuk masa dari rumah ke hentian bas dan dari hentian bas ke tempat kerja.

Namun ramai yang memilih untuk membawa kenderaan sendiri masuk ke sana dan kebanyakannya membawa motosikal. Menunggang motosikal adalah cara yang paling cepat, fleksibel tetapi agak penat. Masa untuk pergi kerja dalam 1 jam 3 0minit manakala balik pula akan mengambil masa selama 2 jam. Anda perlu membuat bayaran tol dan ‘entry pass’ sebanyak RM 17 sehari hari dan ia belum  termasuk minyak.

Anda boleh memilih untuk menaiki kereta atau van. Ianya adalah pilihan yang lebih selesa namun kurang fleksibel dan mahal. Amat tidak berbaloi untuk anda memandu kereta secara bersendirian kerana:

  • Kadar ‘entry pass’ ialah SGD 35
  • Kadar tol SGD 7
  • Kadar pasking SGD 5

Oleh itu, berkongsi kereta adalah pilihan yang lebih bijak untuk mereka yang mengutamakan keselasaan. Anda boleh berkongsi kereta dengan kawan atau mnggunakan khidmat penghantaran dengan van. Kadar purata untuk berkongsi kereta dan van adalah di antara SGD 12 – 14 untuk pergi dan balik.

Bilik sewa murah

Ada sesetengah majikan menyediakan tempat tinggal atau asrama kepada pekerja namun gaji akan ditolak untuk penginapan. Jika anda ingin mencari rumah sewa sendiri di Singapura, anda perlu membayar tidak kurang SGD 600 sebulan.

Dengan harga sewa yang terlalu mahal di Singapura, tinggal di Johor merupakan satu pilihan yang lebih baik. Contohnya kadar bilik sewa Wetopia di Larkin JB bermula dengan RM500 sahaja.

Selain itu, ada beberapa tip tambahan yang mungkin berguna untuk anda :

  • Elakkan kerja yang lokasinya terlalu jauh dari sempadan. Pastikan paling jauh ialah 8 stesen MRT dari Tuas atau Woodland. Stesen Tuas tidak sesibuk Stesen Woodland. Untuk maklumat anda, di Stesen Woodland anda boleh tersekat di imegresen Singapura selama 40-60 minit pada waktu puncak.
  • Bagi yang tiada kenderaan, cari kerja yang menawarkan pengangkutan agar anda tidak perlu berebut bas untuk pergi bekerja. Cubaan untuk menaiki bas Di Woodland pada waktu puncak adalah sangat menyiksakan.

Blog

Locations