Fasa Awal Kerjaya : Sewa Sendiri Atau Tinggal Dengan Mak Ayah?

Published: March 16, 2022

Mereka yang waktu bujang dah biasa hidup sendiri lebih cepat matang bila sudah berumah tangga?

Duduk dengan mak ayah ni memang boleh dikatakan satu nikmat. Dapat berjimat tu perkara paling ketara. Dah besar panjang pun mak masih nak masakkan untuk kita, itulah naluri seorang mak.

Lagi dahsyat ada yang sampai mak pun masih basuhkan baju2 busuk kita tu.

Tapi sampai satu tahap, kita kena keluar juga dari zon selesa untuk kenal realiti hidup sebenar.

Bukan apa, takut nanti terkejut beruk bila dah kahwin baru sedar macam2 nak kena hadap dan bayar.

Ingat, pengalamanlah cikgu terbaik yang terbaik. Rugi kalau kita tak cari pengalaman ni sebelum tempuh alam yang lebih mencabar.

Pengalaman berdikari yang sangat berharga korang boleh dapat dengan hidup di Wetopia Coliving :

Belajar urus & simpan duit

Antara komitmen terbesar waktu bujang adalah kos tempat tinggal. Tak salah untuk cari tempat tinggal paling murah, tapi kena seimbangkan dengan emosi anda sebagai seorang manusia juga.

Kat sini anda akan belajar tetapkan prioriti untuk dahulukan perkara2 yang lebih penting.

Kalau dulu boleh berjoli setiap minggu, lepas ni kenalah catu sikit sebab dah ada komitmen lain.

Networking & berkawan dengan orang yang positif

Satu kekurangan ketara ada pada anak muda ada hari ni adalah kemahiran bersembang dengan orang lain.

Korang percaya tak kadang2 peluang emas yang kita dapat boleh jadi dari jaringan kenalan kita?

Contoh nak dapat peluang kerja yang lebih bagus boleh jadi rujukan dari kenalan kita sendiri.

Inilah nilai mahal yang kita tak nampak. Menariknya kami di Wetopia dapat tarik mereka yang mempunyai satu mindset yang sama seperti anda.

Ya, anda yang baca ni, akan jumpa ramai kawan positif seperti anda di Wetopia.

Dengan aktiviti secara PERCUMA yang kami adakan untuk penyewa2 kami seperti premiere screen Batman baru2 ni, anda boleh gathering sama2 dan bertukar2 cerita.

Best kan?

Pandai jaga diri & berdikari

Dah duduk sendiri ni, tak ada dah mak ayah yang akan bebel kita macam2. Tapi percayalah mak ayah bebel kita sebab sayangkan dan nak jaga kita.

Jadi, nak tak nak anda kena belajar jaga diri sendiri. Walaupun boleh keluar sesuka hati, kenalah ada hadnya.

Di Wetopia, kami ada Community Manager disetiap lokasi yang sedia untuk bantu anda. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Belajar empati kepada orang lain

Walaupun bilik di Wetopia tidak berkongsi, masing2 ada hak privasi masing2, tapi kat sini anda boleh belajar untuk hormati dan empati terhadap orang lain.

Contohnya ruang makan, ruang tamu dan bilik air yang berkongsi dengan housemate lain. Percayalah segala masalah boleh selesai jika ada komunikasi. Anda pupuk kemahiran ni, pergilah pelusuk mana sekali pun, anda pasti boleh survive.

Belajar bina pendapatan tambahan

Ok ni yang paling mahal kat Wetopia yang tiada kat tempat lain.

Korang takkan lah nak menyewa sampai bila2 kan? Mesti nak ada rumah sendiri, nak kahwin lagi. Semua tu perlukan komitmen tambahan.

Oleh itu, Wetopia ada buat kerjasama dengan FAR Capital dimana kami berikan hak esklusif untuk penyewa Wetopia belajar pasal kewangan, pelaburan dan buat duit ekstra untuk tingkatkan pendapatan anda.

Benda ni kalau orang luar nak join FAR Capital kena bayar ribu2 tapi penyewa Wetopia dapat PERCUMA je.

Harapan kami supaya komuniti Wetopia boleh bergraduasi dari menyewa untuk tempuh cabaran hidup seterusnya dalam keadaan yang lebih bersedia.

Cool kan?

Nak join? Klik gambar dibawah ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading