Cara Buat Duit Ekstra Dengan Shopee Affiliate Programme

shopee affiliate programme

Cara Buat Duit Ekstra Dengan Shopee Affiliate Programme

Siapa yang tak nak buat duit dengan berbelanja kan? Jika anda hendak berbelanja tanpa rasa bersalah duit makin berkurang, Shopee Affiliate Programme mungkin sesuai untuk anda.

Lagi-lagi mereka yang suka buat video di media sosial seperti Instagram dan TikTok. Anda boleh buat video ala-ala unboxing.

Mudah sangat, tak perlu pegang stok pun.

 

Bagaimana boleh buat duit dengan Program Affiliate Shopee?

Jana pendapatan semudah ini kadang-kadang nampak macam meragukan.

Tapi bagi mereka yang sudah biasa buat affiliate tidak pelik pun pasal program ni.

Perkara yang perlu anda buat adalah kongsikan link affiliate anda di media sosial sahaja.

Apabila terdapat pembelian yang berjaya dilakukan melalui link tersebut, anda akan dapat komisyen.

Mudah kan?

Berapa banyak yang anda dapat tu akan diterangkan dihujung artikel. Sebelum tu kita teliti dulu bagaimana nak daftar program affiliate shopee ni.

 

Daftar Affiliate Shopee

Caranya mudah sahaja dan sesiapa sahaja boleh daftar. Terdapat tiga langkah yang perlu anda buat.

Langkah 1 : Isikan maklumat peribadi

Berdasarkan pengalaman, disarankan pilih ‘individual'. Sebab kalau pilih ‘Enterprise' agak sukar diluluskan. Tambahan, tempoh masa nak tunggu maklumbalas permohonan adalah 5 hari.

Jika permohonan anda gagal, nanti Shopee akan cadangkan untuk buat permohonan lain dan ambil masa lagi.

affiliate-shopee-programme

 

Langkah 2 : Isikan maklumat media

shopee-affiliate-programme

 

Langkah 3 : Notis Pendaftaran

affiliate shopee 03 1

Mudah kan?

Sekarang kita pergi ke bahagian yang dinanti-nantikan iaitu bagaimana kiraan pendapatan yang kita boleh peroleh.

 

Berapa anda boleh jana dengan Shopee Affiliate Programme?

Menurut laman web Involve Asia, anda boleh jana komisyen 4.2% – 9.1% daripada harga barang yang dijual. Setiap barang adalah berbeza kadar komisyen, bergantung pada jenis kategori.

Syaratnya mudah sahaja. Transaksi pembelian hendaklah berlaku dalam tempoh 7 hari selepas prospek tekan link affiliate anda, barulah ia dikira sebagai komisyen anda.

Jadi, tip nya adalah pastikan anda sentiasa kongsikan link affiliate anda. Supaya prospek akan sentiasa berada dalam tempoh 7 hari tu. Apa-apa pembelian yang berlaku, tak kisah barang apa sekalipun, anda layak untuk dapat komisyen.

Jika ini adalah rutin harian anda, jangan lepaskan peluang untuk jana pendapatan sekali. Alang-alang dah berbelanja tu, kongsikan kegembiraan apa yang dibelanjakan tu. Mana tahu ada rezeki dapat duit kopi dari sini kan?

Wetopia Asia Sdn. Bhd.
Office Suite 15-7, Menara 1MK, No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Copyright © 2024 Wetopia Coliving. All rights reserved.