7 Habit Mudah Untuk Hidup Harmoni Bersama Housemate Anda

Tidak semua orang ada kelebihan sifat peramah yang menjadikan orang lain selesa tinggal bersama kita.

Begitulah juga dengan housemate kita. Boleh jadi kita pun mungkin tak selesa dengan housemate kita tu. Lagi-lagi yang ada perangai pelik-pelik, jenis pentingkan diri sendiri.

Bagi anda yang tidak pernah alami apa-apa konflik bukan sahaja dengan housemate, hatta rakan sekerja sekali pun, ketahuilah bahawa dengan sekecil-kecil masalah pun boleh rosakkan mood kita pada hari tersebut.

Satu hakikat kita terima bahawa kita tak boleh ubah orang lain. Tapi kita boleh cetus suasana positif atau beri inspirasi dengan rakan sekitar kita.

Berikut 7 tip atau habit mudah yang boleh anda praktiskan untuk hidup harmoni bersama dengan housemate anda.

1. Beritahu pantang-larang anda

Jangan fikir sebab baru kenal, anda tak boleh nak beritahu kehendak anda yang macam mana. Begitu juga sebaliknya.

Jangan-jangan!

Lagi awal lagi bagus. Tidak kira anda atau pun kenalan anda, kena beritahu siap-siap apa pantang larang anda sebelum ia jadi masalah.

Contohnya, anda jenis yang tidur awal. Jadi beritahu untuk perlahankan televisyen atau muzik selepas waktu tidur anda. Mula-mula mungkin mereka terlupa. Jadi, ingatkan mereka secara berhemah. Lama-lama mereka akan faham tabiat anda.

Begitu juga anda kena faham tabiat housemate anda.

Perkara ini tak akan tercapai jika masing-masing diam kematu tak nak kongsi apa pantang-larang setiap orang.

2. Tetapkan limit

Contoh paling mudah nak fahamkan pasal tetapkan limit adalah andaikan anda seorang yang suka main video game seperti Playstation.

Benda ni lebih seronok jika main bersama dengan rakan rumah anda dan lokasi terbaik adalah semestinya diruang tamu yang ada televisyen kan?

Apa yang anda perlu buat adalah tetapkan limit untuk tidak mengguriskan mana-mana individu termasuk anda.

Anda tetapkan peraturan kalau nak main, minta izin anda dulu.

Anda tetapkan peraturan boleh main pada waktu-waktu tertentu sahaja sebagai menghormati rakan rumah yang lain.

Kalau masing-masing setuju, jadi tiada masalah akan timbul.

Sama juga dalam hal makanan anda yang disimpan dalam peti sejuk contohnya. Mungkin anda sejenis yang tidak berkongsi, jadi bagitahu siap-siap. Walaupun perkara ni adalah satu perbualan yang berat, tapi berlaku jujur dan terbuka untuk elakkan masalah lain timbul.

3. Minta izin lebih baik daripada minta maaf

Jika anda nak buat sesuatu yang mungkin memberi kesan kepada housemate anda seperti buat makan-makan atau jemput rakan anda datang, pastikan anda minta izin housemate anda terlebih dahulu.

Sebabnya mudah sahaja, tak semua orang selesa dengan kehadiran orang yang tidak dikenali dalam tempat tinggal mereka.

Ingat, minta izin adalah lebih mudah daripada minta maaf.

Bak pepatah, mencegah itu lebih baik daripada berubat.

4. Hati-hati dengan ruang yang anda guna

Tinggalkan pakaian dalam mesin basuh/pengering, tinggalkan pinggan mangkuk yang tak dibasuh dalam sinki, ambil lebih ruang dalam peti ais untuk makanan anda yang berlebihan adalah perkara yang sangat sensitif bila hidup berkongsi rumah ni.

Kalau housemate anda yang tarik muka dengan anda, faham-fahamlah apa kesalahan yang telah anda buat.

Cara nak selesai mudah je. Anda bincang siap-siap dengan housemate, sediakan ruang untuk setiap orang dan jadual untuk guna segala perkakas yang ada secara bergilir-gilir.

Benda ni memang leceh dan rumit. Tapi yakinlah jika anda jaga hubungan dengan housemate anda, lama-lama benda ni boleh ada tolak ansur dan masing-masing boleh faham.

5. Jangan paksa-paksa

Bertegur sapa dan beramah mesra adalah satu sikap yang baik. Tapi tak semua orang suka dengan cara ni.

Ada orang yang lebih suka masa bersendirian dan mahukan privasi.

Jadi, jangan berlebihan jika anda seorang yang peramah. Hidup dalam coliving tidak bermakna perlu sentiasa berborak. Coliving menyediakan tempat dan masa yang tertentu untuk anda berinteraksi dan beraktiviti antara satu sama lain.

Selebihnya adalah terpulang pada masing-masing.

Antara tip bagaimana nak beramah mesra tanpa menjengkelkan adalah dengan ajak keluar bersama. Ketika waktu diluar adalah masa yang berbaik untuk berborak-borak.

Bila dirumah, hormati privasi masing-masing. Jangan kata housemate sombong pula, fahami mereka.

6. Jangan berkata YA pada benda yang anda tidak suka

Dalam usaha kita untuk bina hubungan yang baik sesama housemate, tak semestinya kita perlu kata YA pada semua perkara yang housemate kita minta.

Dalam kebanyakan kes, ramai orang bersetuju bila terlalu bagi muka kepada housemate dalam masa yang sama mengorbankan kehendak kita, ada yang ambil kesempatan terhadap kebaikan kita.

Tak mengapa kalau kita menolak permintaan housemate kita. Ada banyak cara lagi untuk bina hubungan yang baik sesama housemate.

7. Bersikap empati terhadap housemate anda

Ingat lagi poin #4 berkenaan hati-hati dalam ruang yang anda guna?

Bagaimana anda mudah rasa sensitif bila ruang atau barang anda diambil, begitu jugalah orang lain.

Namun, tak semua orang lakukannya dengan sengaja. Sama juga macam kita. Kadang-kadang kita lupa kan?

Jadi, hadirkan rasa empati terhadap housemate anda. Elakkan bertindak reaktif.

Bila anda ada rasa empati, secara automatik anda akan tanya baik-baik daripada terus menghukum.

Hidup berkongsi dalam satu rumah ni memang mencabar. Tapi kalau kita dapat harungi dengan baik, lebih banyak seronok daripada duka sebenarnya. Tak percaya? Jomlah join Wetopia!

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Blog

Locations