5 Perkara Yang Boleh Mudahkan Hidup Anda, Jimat Masa & Tak Pening Kepala

mudah-zero-deposit

Published: November 10, 2021

Dalam dunia serba canggih hari ni, sepatutnya teknologi yang ada boleh memudahkan hidup dan menjimatkan masa kita. Itulah asas teknologi. Namun, jika kita tidak pandai manfaatkan teknologi yang ada, ia akan buat hidup kita lebih huru-hara.

Contoh paling mudah adalah media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Aplikasi ini boleh memudahkan kita untuk bersosial atau berhubung dengan orang lain lebih cepat dan mudah.

Namun jika disalahguna, aplikasi ini boleh buat kita terleka, buang masa dan pelbagai masalah lain yang tidak diingini boleh berlaku melalui media sosial ni.

Pasal keburukan media sosial ni kita tolak tepi, sekarang kita nak tengok apa lagi yang boleh kita guna pada hari ni yang mungkin anda sendiri pun tak terfikir juga.

mae-maybank2u-wetopia-coliving
Sumber: vulcanpost.com

1. Rekod perbelanjaan harian

Hari ini ramai antara kita yang sudah mula menjana pendapatan secara online. Macam-macam cara sekarang ni, jika anda baru nak mula, artikel ni mungkin boleh dijadikan panduan 3 Cara Mudah Jana Pendapatan Ekstra Walaupun Kerja Sepenuh Masa.

Buat duit sahaja tidak mencukupi jika anda tidak uruskan dengan betul. Ada orang boleh jana sehingga ratusan ribu tapi boros dan lesap dalam sekelip mata je.

Jika anda mempunyai masalah boros yang sama, aplikasi MAE daripada Maybank ni mungkin boleh bantu anda.

Fungsi utama dan paling best dalam aplikasi MAE ini adalah boleh rekod segala transaksi perbelanjaan kita melalui Maybank. Tak perlu dah nak rekod-rekod cara manual ni. Ketinggalan zaman sangattt.

Bagaimana fungsi ni boleh bantu kewangan anda supaya lebih terurus dan tak pening kepala bila fikir pasal duit.

Ini cara admin gunakan, mana yang bagus dan berkenan tu bolehlah ikut.

1. Asingkan siap-siap duit simpanan

Pertama sekali, duit gaji tu mestilah masuk dalam akaun bank kan. Jadi, apa yang saya buat adalah asingkan antara duit simpanan & duit belanja. Contohnya nak simpan 10%, selebihnya saya transfer masuk ke akaun MAE.

Dalam MAE pun ada fungsi Tabung dimana anda boleh cipta nama tambung dan tetapkan sendiri jumlah sasaran berserta tempoh untuk capai sasaran tersebut. Kemudian, Maybank akan buat penolakan secara automatik ke Tabung tu.

Terpulang nak guna cara macam mana, yang penting simpan je dulu.

2. Belanja guna kad debit MAE

The best part is spending!!

Siapa yang tak suka nak berbelanja kan. Cara yang saya buat adalah segala perbelanjaan saya akan gunakan kad debit MAE sahaja. Nak keluar duit pun guna kad MAE tapi hanya kiosk Maybank sahaja yang boleh guna kad MAE.

Jika ada keperluan untuk transfer duit pun saya akan guna akaun MAE.

Dengan cara ini, segala transaksi melalui MAE akan direkodkan secara automatik. Apa bagusnya bila ada rekod belanja ni?

Setiap hujung bulan, saya akan buat semakan segala apa yang telah dibelanjakan dalam bulan tersebut. Kiranya macam sesi muhasabah. Kalau ada rasa nak simpan lebih sikit bulan depan, saya tahu perbelanjaan yang mana saya boleh jimatkan. Mudah kan?

2. Isi minyak

Alang-alang nak rekod belanja tu, bolehlah guna aplikasi Setel daripada Petronas ni. Tak perlu lagi nak asing duit untuk petrol. Anda boleh topup siap-siap duit petrol dalam aplikasi Setel menggunakan kad debit MAE tadi.

Bukan sahaja mudah, malah anda juga boleh kumpul poin. Poin ni nanti boleh tebus jadi duit. Orang kata sambil menyelam sambil minum air. Sambil isi minyak sambil kumpul poin.

wahed-invest-wetopia-coliving

3. Pelaburan

Buat simpanan sudah, rekod perbelanjaan pun sudah. Tapi tak terhenti setakat itu sahaja. Anda juga kena buat pelaburan sebab nilai simpanan kita akan susut disebabkan inflasi.

Namun, tak semua ada pengetahuan tentang pelaburan.

Untuk tidak memeningkan kepala, anda boleh gunakan aplikasi pelaburan yang menggunakan teknologi robo-advisor. Mudah kata, anda hanya sediakan modal sahaja dan robot ini yang akan laburkan duit anda.

Ingat! Anda kena pastikan servis yang anda guna tu sah disisi undang-undang. Sekarang ni banyak sangat scam sana sini.

Antara aplikasi pelaburan yang terkenal dan sah serta menepati syariah ialah Wahed Invest.

go-mechanic-wetopia-coliving

4. Servis kereta

Lupakan cara tradisional dimana masa anda habis berjam-jam nak tunggu kereta siap servis. Lagi parah, bila kena tipu dengan mekanik, kena ganti itu ini sebab katanya rosak.

Memperkenalkan servis Go Mechanic.

Mereka akan datang ambil kereta untuk servis. Selepas beberapa jam dah siap servis, mereka akan hantar semula kereta anda. Elok sangatlah bagi mereka yang terlalu sibuk. Sementara kerja tu, boleh buat tempahan melalui aplikasinya. Sebelum balik kerja, tahu-tahu kereta dah siap servis.

Bukan itu sahaja, malah Go Mechanic juga ada sediakan servis basuh kereta. Semua pilihan ni ada dinyatakan semasa buat tempahan dan siap dinyatakan harga lagi. Jadi, tak adalah isu kena tipu atau kena ketuk harga kaw-kaw.

wetopia-coliving-malaysia-zero-deposit-room-rental

5. Sewa rumah

Sewa atau pindah rumah adalah perkara yang sangat memeningkan. Nak kena packing barang-barang, kemas rumah lama, cuci rumah baru, sewa lori, beli perabot baru dan macam-macam lagi hal bila nak pindah rumah.

Nak mudah adalah sewa rumah yang fully furnish. Namun tiada percuma dalam dunia ni, semua ada kos. Biasanya nak sewa fully furnish ni mesti mahal sewanya.

Baca juga : Duit Deposit Yang Penyewa Bayar Untuk Apa Sebenarnya?

Jangan risau, sekarang ada konsep yang mungkin anda tak pernah dengar iaitu Coliving. Konsep ni sesuai untuk mereka yang bujang dan hanya nak sewa bilik sahaja. Menariknya coliving adalah komuniti coliving itu sendiri.

Dulu orang sewa bilik asal boleh tidur je. Sekarang tidak, kita kalau boleh nak hidup seperti satu keluarga. Maklumlah hidup sekarang ni penuh dengan tekanan. Jadi, kita perlukan komuniti untuk berkomunikasi, bertukar cerita seperti hidup dalam satu keluarga.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading