5 Jenis Hartanah Yang Guna Konsep Coliving

coliving-malaysia-zero-deposit

Ramai orang ingat coliving ni hanya kondo atau apartment sahaja?

Tak!

Coliving ni hanya konsep sahaja. Apa-apa jenis hartanah pun boleh ditukar dan guna konsep ni. Tak percaya? Jom kita tengok contoh-contoh dibawah ni.

Sumber: peterfabor.com

1. Hotel

Salah satu jenama coliving yang terkenal adalah Roam. Lokasi pertama Roam terletak di Bali dimana mereka ambil alih hotel The Shift pada 2016 dan tukarkan hotel tu menjadi coliving.

2. Hostel Backpacker

Mesti anda terbayangkan hostel yang kumpulkan backpacker ramai-ramai macam dalam dorm kan?

Ini lain. Terdapat juga beberapa hostel terletak di bandar-bandar utama dan mahal yang menggunakan konsep coliving. Bezanya tempohnya lebih pendek daripada tempoh biasa coliving.

Mana ada backpacker tinggal satu-satu tempat tu berbulan-bulan macam coliving. Biasanya beberapa hari ke minggu. Paling lama mungkin sebulan.

Hostel yang berada di luar kawasan bandar yang popular biasanya fokus untuk musim-musim tertentu sahaja. Jangan terkejut pendapatan yang diperoleh daripada pemilik hostel pada satu-satu musim tu pun sebenarnya boleh tampung belanja setahun!

Jarang pemilik hostel yang beroperasi diluar musim puncak. Salah satunya jenama coliving yang beroperasi diluar musim sebagai coliving adalah Sun & Co, coliving di Sepanyol.

Selain itu juga, Surfhouse daripada Portugal juga menggunakan konsep yang sama. Waktu musim kemuncak fullhouse, diluar waktu kemuncak pun tetap beroperasi dengan menggunakan konsep coliving.

3. Villa

Menjalankan operasi coliving menggunakan villa sebenarnya lagi mudah. Sebabnya fasiliti dan suasana yang menarik dah sedia ada.

Tinggal nak iklankan je.

4. Rumah keluarga

Tak semestinya nak buat coliving mesti mewah-mewah. Konsep yang penting adalah komuniti coliving tu sendiri.

Banyak startup yang dah terkenal sekarang ni majoritinya bermula dari sebuah rumah yang biasa-biasa sahaja.

Contoh yang paling dekat dengan kita adalah Facebook. Ya, Mark Zuckerberg jadikan rumah sewanya di Palo Alto sebagai markas startup nya sekitar tahun 2004.

Disitulah dia dan pasukannya yang terdiri daripada jurutera IT, programmer tinggal sekali.

coliving-zero-deposit
Sumber: Rob Price, Business Insider

5. Apartment atau kondomonium

Jenis hartanah ni dah biasa ada, malah permintaan juga semakin meningkat. Kalau diluar negara, antara jenama yang jalankan operasi coliving adalah seperti Common, The Collective, Starcity, Hmlet, Koliving, Colonies, The Babel Community dan macam-macam lagi.

Di Malaysia terdapat beberapa jenama yang menjalankan operasi Coliving, salah satunya sudah semestinya Wetopia Coliving.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Blog

Locations