5 Hack Produktiviti : Banyak Kerja Siap Tanpa Rasa Tertekan

tip-produktiviti-coliving

Published: November 24, 2021

Biar saya teka.

Anda sepatutnya kena siapkan sesuatu tugas. Tapi disebabkan habit, anda lebih cenderung untuk bertangguh dan baca artikel ini bagi selesaikan masalah anda kan?

Jangan risau, anda tidak keseorangan. Semua orang ada masalah yang sama. Berita baiknya, sikap suka bertangguh ni bukan sejenis penyakit. Ia hanya mindset kita dan masih boleh diubah untuk jadi lebih baik.

Pertama sekali, anda kena terima hakikat bahawa sikap suka bertangguh ni adalah satu habit yang tidak sihat. Bukan sahaja anda lakukan aktiviti yang tiada prioriti, malah tiada kerja-kerja yang anda dapat siapkan pun.

Kedua, anda kena ada komitmen untuk berubah menjadi lebih baik. Bagi 1001 tip pun, kalau anda tiada komitmen tak guna juga. Jadi, anda betul-betul nak berubah atau tidak? Kalau ya, boleh teruskan baca tip-tip yang dikongsikan. Kalau tak, abaikan je artikel ni.

Masih terus membaca?

Tahniah! Maknanya anda betul-betul nak berubah. Nah, kami kongsikan 5 tip yang nampah mudah tapi praktikal.

coliving-bilik-sewa

#1: Hentikan multitasking

Multitasking sebenarnya adalah satu mitos untuk orang yang sibuk dan buat banyak kerja dalam satu masa untuk jimatkan masa kononnya. Hakikatnya lagi banyak masa dihabiskan untuk siapkan satu-satu tugasan.

“For nearly all people, in nearly all situations, multitasking is impossible. When we think we’re multitasking, most often we aren’t really doing two things at once – but instead, individual actions in rapid succession.”

– Cleveland Clinic academic centre

Buat banyak tugasan dalam satu tempoh masa yang sama sebenarnya lebih memenatkan otak kita. Bayangkan otak kita seperti komputer. Setiap kali nak buat satu tugasan baru, otak kita ibarat komputer yang baru dibuka. Untuk buat tugasan lain, otak kita kena shutdown dan buka semula (restart).

Kalau buka tutup secara kerap, bukankah benda itu memenatkan?

Lebih kurang begitulah analoginya.

Tapi apa boleh buat kalau dah memang ada banyak tugasan kan? Anda mungkin dah biasa dengan aplikasi ‘Todo List’ untuk anda campakkan segala tugasan kan? Ni satu mitos juga. Baca tip seterusnya untuk tahu lebih lanjut.

produktiviti-coliving-bilik-sewa

#2: Abaikan aplikasi ‘Todo List’

Sekarang ni macam-macam aplikasi ada untuk anda kumpulkan segala tugasan yang ada. Ya, kebanyakan orang termasuk saya hanya lebih kepada kumpulkan berbanding selesaikan tugasan tu.

Akhirnya, kita jadi tertekan sebab tugasan jadi semakin berlambak. Benda ni tak ada kajian saintifik dan lebih kepada pengalaman peribadi.

Abaikan aplikasi yang canggih-canggih tu dan fokus satu aplikasi ni sahaja iaitu KALENDAR. Siap ada alarm untuk ingatkan kita. Lepas ni kita boleh programkan otak kita macam aplikasi media sosial yang lain dimana bila notifikasi berbunyi je automatik kita buka handphone kita. Kali ni bila alarm berbunyi je, otak kita terus bersedia untuk buat tugasan.

Kita ni suka sangat benda-benda fancy sampai tak nampak betapa hebatnya aplikasi KALENDAR yang sudah sedia ada dalam handphone kita.

Caranya mudah sahaja. Setiap kali anda terima tugasan atau ada idea baru, campakkan je dalam salah satu hari masih kosong. Jangan fikirkan masanya lagi, letak je dalam hari-hari yang anda mahukan.

Apa nak buat lepas tu, ada saya ceritakan dalam tip seterusnya.

matlamat-wetopia-coliving-bilik-sewa

#3: Tetapkan matlamat

Untuk elakkan diri anda tertekan, tetapkan satu matlamat satu hari pun sudah memadai.

Ingat, kita dalam proses nak ubah tabiat. Jadi, mulakan yang mudah-mudah dulu. Nanti bila anda dah rasa seronok, percayalah yang anda boleh banyak benda dalam sehari. Nak bagi seronok ni ada saya ceritakan dalam tip #5.

pengurusan-masa-coliving-bilik-sewa-murah

#4: Blok masa

Tadi anda dah campak-campak benda yang anda nak buat kan?

Sekarang tiba masa untuk anda rancang pula.

Aktiviti ni sebaiknya paling minima buat sehari sebelum atau lebih awal lagi. Anda rancang nak buat tugasan tu pukul berapa dan berapa lama. Ikut kemampuan masing-masing. Setiap tugasan memperuntukkan tempoh masa yang berbeza untuk disiapkan. Ada yang cepat dan ada yang lama.

Sebaiknya, anda tetapkan blok masa setengah jam dan diselang-selikan dengan rehat 5 minit contohnya. Teknik ni juga dikenali sebagai teknik Pomodoro. Tapi tak perlu terikat sangat dengan teknik tu, ikut fleksibiliti masing-masing. Yang penting siap tugasan anda tu.

produktiviti-coliving-sewa-bilik

#5: Beri ganjaran untuk diri sendiri

Dah siap tugasan, nak sambung tugasan lain pun boleh. Ada orang anggap aktiviti ni satu ganjaran dan kepuasan bagi dirinya. Daripada buat satu tugasan satu hari, tiba-tiba dapat buat lebih. Bukankah ini satu kebanggaan?

Kalau tak nak skema sangat, bagilah ganjaran seperti tengok wayang contohnya. Nak santai-santai pun, jangan lupa letak dalam kalendar juga. Sebabnya bila anda sudah komited nak gunakan cara ni, segala aktiiviti atau perkara diluar kalendar adalah bukan prioriti anda.

Kalau anda nak joging ke, nak main-main dengan anak, nak makan-makan bersama keluarga, masukkan dalam kalendar. Segala aktiviti yang dimasukkan dalam kalendar adalah prioriti anda.

Dengan cara ni, kita tidak mudah terganggu dengan aktiviti-aktiviti yang diluar jangkaan atau tugasan yang datang secara tiba-tiba. Bila perkara ni berlaku, perkara pertama kita kena periksa dulu adalah kalendar kita. Barulah nampak seperti CEO yang berjaya kan?

Cukuplah dengan 5 tip ni. Ada banyak lagi tapi kalau kongsi banyak-banyak takut tak terbuat pula.

Oh ya, pilih suasana buat kerja pun main peranan juga. Kalau suasana dan persekitaran yang bising dan tidak bersih pun boleh membantutkan produktiviti kita. Lagi-lagi tempat tinggal kita.

Kalau anda nak cari tempat tinggal yang positif dan harmoni, Wetopia Coliving adalah pilihan terbaik untuk anda.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh KLIK SINI atau jika belum bersedia tapi berminat nak join, boleh isi borang bawah ni.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Comments are closed.

Continue reading