3 Langkah Mudah Jana Pendapatan Online Sambil Main Media Sosial

jana-pendapatan-online

Kalau cari pasal jana pendapatan online kat Google, 1001 cara pun boleh dapat. Masalahnya, bila nak buat tu kadang-kadang macam blur je. Lagi-lagi mereka yang pertama kali buat bisnes online ni.

Tak perlu pening-pening, sambil scroll Facebook pun boleh buat.

Maklumlah zaman sekarang ni, setiap 5 minit je mesti buka apa-apa media sosial yang kita ada kan? Sayanglah kalau biarkan masa kita bazir dengan baca gosip-gosip je.

Meh saya kongsikan 3 tip mudah bagi mereka yang masih newbie. Sesuai sangat untuk mereka yang ada hasrat nak buat sebagai pendapatan sampingan je.

Sebabnya cara ni ambil masa sikit nak tuai hasil, tapi terbukti berkesan. Itu yang penting. Tapi boleh je nak aplikasikan dalam bisnes bagi mereka yang sepenuh masa buat bisnes.

Fahamkan konsep dulu. Tanpa buang masa, jom kita mulakan langkah pertama.

 

1. Buat posting engagement

Bagi mereka yang tiada atau sikit follower, pasti menghadapi kesukaran nak dapat capaian yang besar kan?

Buat posting banyak-banyak, tapi krik krik krik.

Fahamkan asas media sosial dulu.

Konsepnya sama juga macam berkawan.

Apa tujuan kita berkawan?

Kita nak berkomunikasi, berinteraksi, bersosial. Bezanya di media sosial, kita berkawan di alam maya.

Kalau anda tidak menepati kriteria bersosial tu, memanglah sendu je kalau nak promosikan apa-apa bisnes.

Jadi sebelum buat apa-apa posting yang syok sendiri pasal bisnes, bina engagement dulu.

Benda ni mudah je nak buat. Ni saya bagi contoh yang boleh anda praktiskan terus.

  1. Share posting yang bermanfaat ditambah dengan sedikit ulasan supaya nampak sikit keikhlasan nak share tu.
  2. Tangkap gambar aktiviti anda kemudian tambah sikit penerangan aktiviti tu.
  3. Tanya atau lontarkan soalan.
  4. Dan sewaktu dengannya.

Asas engagement adalah jadi diri sendiri.

Dengan itu, orang lebih mesra nak berkawan atau berinteraksi dengan anda.

 

2. Bina konten untuk tarik minat pengikut

Bagus, sekarang anda dah bina sekumpulan kawan yang suka berinteraksi dengan anda.

Sebelum anda nak promo apa-apa bisnes, anda tak boleh harapkan kawan anda je. Sudahlah bilangan kawan kita tu sikit je, kalau kita buat promosi je lagi mereka menyampah dengan kita.

Jadi, apa yang perlu anda buat seterusnya adalah bina kepercayaan. Dengan kepercayaan barulah orang lain nak membeli dengan kita kan?

Dengan kepercayaan jugalah kita boleh bina pengikut (follower).

PERHATIAN! Cara ni tak sesuai untuk mereka yang mahukan jualan yang cepat. Sebab tu saya kata kaedah ni ambil masa dan sesuai untuk mereka yang nak buat sambil-sambil je.

Bagaimana nak bina kepercayaan atau follower?

Beri manfaat kepada orang lain. Bina konten atau posting yang boleh beri tambah nilai pada pembaca posting anda tu.

Selepas anda telah bina engagement kemudian disusuli dengan posting yang bermanfaat, barulah konten anda itu akan dilihat oleh kawan-kawan anda tadi tu.

Dengan konten yang bermanfaat, kawan-kawan anda tu pasti tidak teragak-agak untuk kongsikan posting anda tadi. Dari sinilah anda boleh bina follower sikit demi sikit.

Logik kan?

Macam mana nak bina konten yang bermanfaat?

Tak perlu fikir jauh-jauh sangat. Cukup anda kongsikan kebaikan yang anda sendiri rasa, kemudian anda nak orang lain juga dapat kebaikan tersebut.

Contoh, anda tinggal di bilik Wetopia kemudian anda rasa seronok gila sebab interior design yang mewah, katil yang empuk dan ada spring, dekat dengan pengangkutan awam pula tu. Jadi apa lagi, kongsikan keseronokan anda tadi supaya orang lain pun boleh tahu pasal manfaat yang anda dapat.

Mudah kan?

 

3. Promosi untuk menjual

Bina kepercayaan sudah, follower pun ada lah naik sikit, apa langkah seterusnya?

Apa tunggu lagi, cubalah menjual.

Ya, orang tak suka kalau kita promosikan secara hard sell. Kat sini bergantung pada kreativiti masing-masing.

Apa yang saya boleh kongsikan adalah buatlah apa-apa jenis posting pun, story telling ke, video ke, gambar ke, yang penting ada kena pastikan ada tiga elemen ni :

  1. Pain : nyatakan kesakitan yang dihadapi oleh prospek
  2. Gain : apakah manfaat atau solusi yang bakal diperoleh jika gunakan servis/produk yang ditawarkan
  3. Emosi : selitkan elemen emosi dalam konten anda

Benda ni tak ada betul atau salah, tapi selama saya bergelumang dalam bidang pemasaran digital, inilah yang saya buat dan terbukti ada hasilnya.

Contohnya dalam artikel ni, saya kongsikan je rahsia saya dalam pembinaan konten dengan harapan boleh bagi manfaat kepada pembaca. Jangan takut atau sorok-sorok sangat rahsia. Selagi boleh beri tambah nilai pada orang lain, kongsikan je.

Di penghujung artikel ni, barulah saya menjual sikit. Hehehe..

Baiklah, dah fahamkan tiga asas ni kan?

Jadi gunakan kreativiti anda pula untuk susun konten anda.

Ada orang sebelum buat posting menjual, dia buat engagement -> konten -> engagement -> barulah menjual.

Tak kisah apa cara sekali pun, yang penting sebelum menjual tu, bina engagement dan kepercayaan. Berapa banyak nak buat ikutlah sesedap rasa.

Di Wetopia pun boleh jana duit tambahan. Lagi mudah, sebab penyewa kami biasanya tangkap gambar bilik mereka atau aktiviti mereka di lokasi kediaman kemudian kongsikan di media sosial je.

Lagi-lagi lokasi yang instagrammable seperti swimming pool, gym, kedai makan di sekitar lokasi dan macam-macam lagi. Kongsikan gambar berserta link affiliate mereka, kemudian kami akan uruskan sehinggalah prospek anda sewa.

Mudah kan? Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan jana pendapatan online bersama Wetopia, boleh join Welcome Session kami dengan klik gambar dibawah ni.

Blog

Locations