Tips Kemas dan Decorate Bilik Sewa Bawah RM500

Published: November 5, 2021

Ramai yang mencari idea untuk mendapatkan bilik sewa kemas dengan dekorasi yang menarik. Dengan budget bawah RM500, anda masih boleh dapatkan bilik sewa yang kemas, functional dan cozy.

Bilik sewa ialah tempat merehatkan badan dan minda selepas penat bekerja. Dan jika anda seorang yang kurang bergaul dengan housemates, pasti anda akan luangkan banyak masa di dalam bilik sewa.

Di sini jugalah tempat menyimpan segala barang peribadi, dokumen dan pakaian. Lepas balik kerja, mestilah kita ingin pulang kepada tempat yang relaxing, kan?

Ikuti tips-tips ini untuk dapatkan bilik sewa kemas dan cantik idaman anda.

Tip #1: Rancang Palet Warna.

Langkah pertama dan yang paling penting untuk menghias bilik ialah planning. Jika dinding bilik bersih, tak perlu cat pon tak apa. Tapi jika penuh contengan dan warna yang tak menarik, seeloknya cat dahulu.

Anda boleh gunakan search engine seperti Pinterest dan Instagram untuk dapatkan inspirasi. Gunakan keywords seperti small bedroom decorations ataupun interior design colour palette.

Ramai beranggapan yang bilik kecil perlukan cat dinding yang terang agar nampak lebih luas. Tetapi sebenarnya, anda boleh dapatkan ilusi ruang yang luas dan aura cozy dengan menggunakan warna yang gelap dan warm seperti biru tua ataupun teal gelap.

Setelah anda menetapkan warna dinding, barulah berubah kepada warna perabot. Pilih perabot yang sama warna tetapi berbeza shades atau kepekatan untuk kesan yang sekata dan kemas.

Tidak pandai mix-match warna? Cara yang mudah untuk dapatkan bilik yang cantik adalah dengan menggunakan solid colours warna untuk dinding, perabot dan cadar. Kemudian tambah tekstur seperti corak dan warna secondary pada sarung bantal kecil dan karpet.

Tip #2: Pemilihan Perabot.

Bagi perabot pula, tengok barang-barang yang anda ada. Beli almari atau rak yang akan kemas bilik sewa anda tanpa mengambil terlalu banyak ruang.

Kebiasaannya, ramai yang memerlukan almari untuk pakaian. Bagi wanita pula, mungkin vanity penting untuk meletakkan skin care, solekan, dan menjimatkan masa bersiap pada waktu pagi.

Cara terbaik untuk melihat kesesuaian perabot terutamanya yang dibeli online adalah dengan mengukur dan melukis pelan bilik sewa anda. Luangkan sedikit masa untuk melihat dimensi perabot yang ingin dibeli.

Dengan perancangan yang baik, perabot yang dibeli mampu memuatkan barang anda, tetapi tidak terlalu besar hingga anda tak boleh bergerak sekeliling bilik.

Jika bilik anda agak sempit, beli katil kecil yang agak tinggi. Ruang di bawah katil juga boleh digunakan untuk menyimpan barang seperti bagasi, selimut, cadar, dan kasut. Bergantung kepada creativity dan keperluan anda.

Tip #3: Kemas Pakaian.

Ingin kemas pakaian di bilik sewa agar nampak aesthetic tapi mudah diambil?

Gantung baju yang ada kerap gunakan dan perlu digosok pada rak pakaian. Pastikan semua hanger sama warna. Rak pakaian yang agak murah dengan design minimal daripada Ikea ialah rak pakaian Mulig.

Susun pakaian anda mengikut warna untuk nampak kemas. Selain itu, anda boleh gunakan cangkuk ataupun menambah rel pada dinding untuk menjimatkan ruang.

Gulung dan simpan t-shirt dan pakaian harian dalam laci ataupun storage box. Bagi pakaian kecil seperti baju dan seluar dalam, letakkan pembahagi laci agar tak bersepah.

Tip #4: Beli Barangan Terpakai.

Perabot yang menggunakan material plastik dan particle board tidak tahan lama. Jika jatuh mudah pecah, tak dapat menampung berat, dan kembang bila terkena air.

Ingin invest pada perabot kayu yang tahan lebih lama? Anda boleh dapatkan perabot di kedai barangan terpakai atau online seperti di Carousell dan Facebook Marketplace pada harga yang berpatutan.

Refresh perabot lama ini dengan menggunakan cat supaya kena dengan tema bilik sewa anda. Bila beli perabot kayu, anda boleh bawa ke bilik sewa baru, ataupun jual semula.

Tip #4: Gunakan Hanging Shelves.

Tambah ruang simpan barang dan decorate bilik sewa dengan menggunakan hanging shelves. Anda boleh simpan novel dan dekorasi seperti gambar, lilin, atau pokok hiasan supaya bilik nampak menarik.

Untuk pasang sendiri rak ini, anda perlu membeli gerudi elektrik supaya rak kukuh dan tidak mudah jatuh. Boleh juga upah orang untuk pasangkan.

Tip #5: Karpet Penambah Identiti Bilik.

Pemilihan karpet yang betul boleh mengikat semua dekorasi bilik sewa anda supaya nampak harmoni. Karpet yang lembut dan selesa juga boleh mencipta ruang cozy.

Warna permaidani neutral seperti coklat atau kelabu selamat dan sesuai untuk pelbagai ruang. Elakkan warna putih atau krim supaya tak mudah nampak kotor.

Jika anda lebih berani, pilih karpet dengan design abstrak dan warna yang terang. Tetapi jangan pilih corak yang terlalu serabut, nanti bilik juga kelihatan messy.

Tip #6: Cermin untuk Tambah Keluasan Bilik.

Meletakkan cermin dalam bilik ialah trick dekorasi lama yang akan membuatkan ruang sempit nampak lebih luas.

Letakkan cermin bersebelahan tingkap untuk menjadikan bilik anda lebih terang dengan cahaya natural. Atau letak cermin tinggi pada bucu bilik dan jadikannya ruang bersiap anda sebelum bekerja.

Anda juga boleh memilih untuk menggantung cermin pada belakang katil atau gunakan cermin berbingkai agar kelihatan lebih unik.

Mendapatkan bilik sewa cantik dan kemas ialah idaman setiap orang yang bekerja. Dengan perancangan awal, anda boleh menjimatkan wang dengan membeli perabot yang diperlukan dan sesuai dengan tema yang anda tetapkan.

Tema warna yang cantik, penggunaan ruang bijak, serta placement perabot yang tepat membolehkan sesiapa sahaja mengubah bilik sewa menjadi kemas dan menarik. Apa lagi? Mulakan rancangan untuk kemas dan decorate bilik sewa anda hari ini juga.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading