Sewa bilik dekat LRT, boleh jimat banyak. Graduan wajib baca ni.

sewa-bilik-dekat-lrt

Published: Januari 25, 2022

Sudah menjadi norma yang graduan kena keluar dari zon selesa untuk kembangkan lagi kerjaya mereka. Pilihan tempat tinggal terbaik untuk fasa awal kerjaya ni adalah dengan sewa bilik dekat LRT.

Maklumlah baru nak mula kerja, gaji pun tak besar lagi. Jadi kenalah cari pilihan yang lebih murah dan jimat.

Psikologi belanja orang muda

Keghairahan orang muda bila dapat gaji sendiri adalah untuk peroleh apa yang dilihat sebagai trend anak muda.

Bermula dengan handphone berjenama, kemudia naik ke laptop atau desktop gaming. Inilah psikologi belanja yang jarang kita nampak. Semakin kita mampu berbelanja, semakin kita ketagih untuk belanja yang lebih besar.

Belanja yang besar selalu orang muda terlepas pandang adalah kereta.

Ramai sangka bila mana mereka mampu untuk bayar bulanan kereta, bermakna itulah kemampuan mereka. Padahal ada banyak lagi kos tersembunyi bila memiliki kereta ni.

Betullah pepatah mengatakan;

Makin besar periuk, makin besarlah keraknya.

Kos tersembunyi beli kereta

Jom kita teliti apa lagi kos yang ada selain bayaran pinjaman.

1. Insuran/takaful kereta

Walaupun bayaran insuran kereta hanya setahun sekali, kita boleh pecahkan kepada bulanan. Kita ambil purata nak perbaharui insuran sekali roadtax lebih kurang RM1,000.

Jadi sebulan RM1,000 / 12 = RM84

2. Petrol, tol & parking

  • Petrol = RM300
  • Tol = RM150
  • Parking = RM150

Jumlah = RM600

Ini kita ambil paling rendah. Yang memang banyak travel dan kat bandar lagi mahal.

3. Kos penyelenggaraan

  • Servis setiap 4 bulan = RM200 / 4 = RM50 sebulan
  • Lain-lain (tayar kereta, air cond, break pad & sebagainya) = RM1-2k untuk 2 tahun = RM2k/24 = RM85

Jumlah = RM50 + RM85 = RM135

Jumlah keseluruhannya = RM84 + RM600 + RM135 = RM819

Hampir nak RM1,000!

Nampak tak? Kita tak perasan sebab banyak belanja bukan bulanan. Bila dibuat dalam bulanan ditambah lagi bayar hutang ke bank, memang boleh buat kita pening kepala.

Bayangkan kalau belanja semua ni kita dapat gantikan dengan belanja untuk pengangkutan awam sahaja?

Kos pengangkutan awam

  • Kad bulanan RapidKL = RM50
  • Grab = RM200

Jumlah bulanan baru RM250. Kalau lebih pun anda tetap boleh jimat banyak tanpa perlu ada kenderaan sendiri lagi.

sewa-bilik-dekat-lrt

Sewa bilik dekat LRT, realiti atau fantasi?

Macam biasa anda boleh perdebatkan dengan salahkan kerajaan yang tidak menyediakan pengangkutan awam secara menyeluruh lagi. Kalau boleh nak LRT tu berhenti betul-betul depan pintu rumah kan?

Persoalannya sampai bila?

Memang jadi tanggungjawab kerajaan untuk sediakan fasiliti yang lengkap. Sementara tu apa salahnya untuk kita persiapkan diri kita dulu. Pupuk tabiat yang betul sebelum memiliki kendaraan sendiri.

Bila kita dah fahamkan kos yang tersembunyi memilik kenderaan, apa kata kita buat kira-kira balik. Jika kita mampu dan layak untuk bayar bulanan RM500 untuk kereta, peruntukkan 2 kali ganda. Kalau tak boleh, maknanya tak mampu lagi.

Tak mampu tak bermakna tidak bagus.

Kita ni hidup nak puaskan mata orang lain je. Padahal ok je naik pengangkutan awam. Lebih baik gemukkan simpanan dan belajar pelaburan yang betul dan boleh jana RM1k sebulan. Masa tu boleh lah nak beli kereta tanpa perlu usik gaji anda pun.

Sewa bilik dekat LRT pun dah jimat banyak. Belum masuk lagi bila sewa bilik dengan Wetopia.

Bukan itu sahaja! Nak tahu bagaimana boleh dapat sewa bilik percuma dan jana duit ekstra dengan hanya menyewa. Jom join webinar kami untuk tahu info lanjut. Klik je gambar bawah ni.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading