Bilik Sewa Anda Sempit? Ini 5 Tip Nak Bagi Nampak Luas

zero_deposit_rental_wetopia

Published: April 14, 2022

Bagi mereka yang sudah biasa tinggal di rumah teres dan baru pertama kali nak duduk di apartment studio pasti akan rasa macam pelik. Sebabnya konsep studio ni ibarat satu ruang bilik tapi berfungsi macam rumah, segala kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh, meja makan, sinki ada sekali.

Bila begini keadaannya, mestilah jadi sempit kan? Lagi-lagi mereka yang tinggal bersama pasangan atau ada anak.

Jika anda tetap nak ada segala kelengkapan rumah dalam satu studio ni agak mencabar, tapi tak mustahil.

Kuncinya adalah anda kena lihat setiap inci ruang yang ada sangat bernilai-nilai. Tidak boleh bazirkan dengan benda yang tidak perlu.

Jom kita mulakan dengan tip pertama.

1. Bolehkan anda jadi minimalis?

Jika suatu ruang tu dipenuhi dengan barang-barang, ia akan kelihatan sangat sempit. Tapi bila ruang tersebut hanya dipenuhi dengan barang yang sangat minimal dan teratur, secara automatiknya ruang itu akan nampak luas.

Contohnya, anda boleh hiasi dinding anda dengan satu lukisan yang besar berbanding beberapa bingkai gambar yang banyak dan nampak seperti bersepah.

Menjadi minimalis bukanlah bermakna kita perlu buang dan kurangkan barang-barang kita. Seperti Marie Kondo kata,

“sparks joy”

Hanya kekalkan barang-barang yang bermakna bagi kita, ada fungsi dan masih kita gunakan.

2. Kombinasi warna yang betul

Kalau menyewa, memang tak banyak benda kita boleh ubah.

Disini anda kena pandai padankan warna dengan benda-benda yang tak boleh diubah seperti kabinet, siling, lantai dan lain-lain. Fokus pada warna cat dinding, karpet, langsir dan warna-warna perabot yang anda boleh kawal.

Berikut beberapa inspirasi kombinasi warna yang boleh anda ikut :

Warna neutral

Jangan ragu-ragu untuk gabungkan warna-warna neutral yang menghasilkan suasana yang cerah. Contohnya seperti warna putih, krim, greige adalah gabungan yang popular. Untuk tambahkan lagi suasana bandar, anda boleh gabungkan warna neutral dengan warna kayu perabot asli. Pasti menawan!

Warna kontra : gelap dan cerah

Tidak semestinya anda tidak boleh letak warna yang gelap di ruang yang kecil.

Kombinasi warna gelap dan cerah seperti putih pasti boleh menaikkan mood anda setiap kali masuk ke bilik. Tip mudah adalah warna gelap perlu diposisikan pada bahagian dinding yang utama atau lebih kecil.

Warna cerah yang lebih banyak berbanding warna gelap dapat memastikan ruang anda masih kelihatan luas.

3. Hiasan yang bersaiz besar

Untuk membuatkan ruang bilik atau studio anda lebih ringan dan luas, adalah disarankan untuk letak hiasan seni atau lukisan yang boleh maksimakan ruang anda.

Mesti anda rasa pelik ruang yang kecil perlu diisi dengan hiasan seni yang besar kan?

Secara teorinya macam tu. Tapi dalam kebanyakan kes, semakin kecil ruang anda, semakin besar hiasan yang diperlukan.

Tak percaya? Cuba lah.

4. Maksimakan ruang simpan

Bila cakap pasal ruang simpanan, bukanlah bermakna anda kena tambah bakul atau perabot ekstra untuk simpan barang anda tu.

Kita cakap pasal manfaatkan setiap perabot anda yang sedia ada yang bukan sebagai tempan simpan tapi boleh digunakan.

Ingat, misi utama kita disini adalah lihat setiap perabot yang ada sebagai peluang untuk simpan barang anda. Dengan cara ini, tiada masalah barang anda bersepah dan tanpa perlu tambah perabot lain.

Antara tip yang boleh anda amalkan adalah :

  • Manfaatkan dinding anda dengan tambah rak dinding.
  • Jadikan ruang bawah katil sebagai tempat simpan. Boleh tambah kotak yang padan dengan ruang bawah katil anda.
  • Pilih sofa atau meja kopi yang mempunyai ruang simpanan dibawahnya.
  • Di dapur, anda boleh manfaatkan penyangkut untuk sangkut peralatan masak yang boleh digantung. Dengan ini, anda dapat kosongkan lagi kabinet dapur untuk beri ruang pada barang yang lain.

5. Tambah cermin ekstra

Cermin dapat bantu jadikan ruang anda kelihatan lebih luas dan terbuka. Selain itu, cermin dapat pantul cahaya natural atau lampu yang membuatkan ruang anda kelihatan luas dan sentiasa terang siang dan malam.

Cermin tidak semestinya ditambah pada dinding sahaja, anda juga boleh manfaatkan meja makan dan kabinet untuk dijadikan tempat cermin ektra anda.

Berdasarkan tip-tip yang dikongsikan ni, jangan terhadkan kreativiti anda walaupun ruang tempat tinggal atau bilik anda kecil. Dalam Wetopia, bilik-bilik atau studio yang kami sediakan memang sudah di design khas untuk kelihatan mewah walaupun hanya sekadar bilik.

Walaupun tinggal hanya bawa beg baju je, tanpa perlu bawa perabot atau hiasan lain untuk tinggal di Wetopia, tak bermakna anda tidak perlu buat deco-deco. Jangan terhadkan kreativiti anda. Tempat tinggal kita ni kalau boleh kita nak duduk lama, jadi sesuaikan dengan citarasa anda ya.

Macam mana nak join Wetopia Coliving?

Mudah saja. Anda boleh join sesi pengenalan kami dulu dengan klik gambar dibawah ini. Kenali kami dulu, mana tahu korang ingat kami ni scam ke apa kan. Apa tunggu lagi? Klik sekarang ya =)

bilik-sewa-murah

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading