9 Barang Shopee ini boleh buat ruang bilik anda jadi cantik dan nampak mewah

deco-bilik-shopee

Published: Disember 27, 2021

Meskipun hari ni kebanyakan bilik sewa sudah dilengkapi perabot seperti Wetopia, tapi sudah menjadi fitrah manusia untuk buat deco-deco ikut citarasa tersendiri.

Tapi kalau terlalu banyak barang juga tak bagus terutamanya bagi ruang bilik.

Jangan risau, kami ada senaraikan barangan yang memang sangat berguna dan tidak makan ruang yang banyak pun.

Barang-barang ni beli kat Shopee je tapi automatik bilik jadi lawa gila.

1. 12 Hooks Hanging Pole

Balik kerja, mestilah dah penat kan?

Jadi, memang dah tak larat fikir pasal nak kemas-kemas bilik. Tu yang main campak je barang-barang.

Dengan adanya benda ni, anda boleh sangkut barang-barang selalu guna. Tak ada masalah barang sepah dah.

2. Multifunction 3 Tier Trolley Storage Racks

Selalu nampak orang letak benda ni kat dapur je, tapi letak tepi katil pun best juga ni.

Atas sekali letak air purifier atau minuman ke, bawahnya letak buku-buku yang selalu kita baca. Pergh, dah macam feeling kat hotel dah tu.

3. Underwear Organizer Drawer Divider

Benda-benda kecil ni mesti anda campak-campak je kan dalam laci?

Ada benda ni semangat sikit nak lipat dan susun. Bila buka almari atau laci tu, tak ada dah rasa serabut bila tengok semua tersusun dan teratur.

4. Portable Cosmetic Organizer/storage

Anda yang asyik pindah-randah tu memang wajib ada benda ni. Tak ada dah masalah barang make up tercicir lepas ni.

Lagi best yang siap ada cermin, gila coool wei.

5. Karpet bulu lembut Shaggy Rugs / Fluffy Carpets

Karpet ni macam terapi pun ada. Rasa lembut je kaki bila pijak. Hilang stress bila balik kerja ni.

6. Premium Cotton Bedsheet

Corak cadar minimalis macam ni memang syok mata memandang. Lagi-lagi yang warna gelap, dinding warna cerah. Memang ngam betul.

Penting hias tempat tidur supaya rasa sedap je bila nak tidur tu. Barulah dapat tidur yang berkualiti.

7. Pegboard

Benda ni memang wajib kalau anda jenis minimalis. Barulah meja tu tak penuh dengan barang-barang.

Lagi sikit barang kat atas meja, lagi gratis guyss.

8. Hanger Rack

Kalau anda seorang yang suka open space, boleh pertimbangkan tempat gantung baju macam ni berbanding almari.

Tapi kalau baju banyak tak sesuai ni, nampak serabut pula. Lebih baik guna almari, boleh sorok keserabutan yang ada tu 🤪

9. 4 tier Multipurpose Shelves

Kat Ikea pun ada jual rak macam ni. Nak beli kat Shopee pun boleh.

Tapi memang function teruk rak macam ni. Boleh letak kat sebelah meja, letak barang hiasan dan susun buku lawa-lawa.

Tak ada alasan dah tak nak cantikkan bilik korang. Tak perlu hias teruk-teruk, cukup ada barang-barang ni pun dah ok.

Murah pun murah beli kat shopee.

Semoga bermanfaat untuk anda 😁

Facebook
Twitter
LinkedIn

Writen by

Do You Enjoyed This Article?

Join our community of 3 million people and get updated every week We have a lot more just for you! Lets join us now

Ulasan telah ditutup.

Continue reading